BERITA
Dakwaan Buli Di MRSM, Asyraf Wajdi: “You Touch You Go, Tiada Tempat Untuk Pembuli”
Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan berkompromi dengan kejadian buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk mengambil tindakan tegas terhadap pelajar terlibat.
Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta pegawai Mara untuk melakukan siasatan segera berhubung dakwaan kejadian buli yang berlaku di sebuah MRSM baru-baru ini.
“Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil.
“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga Mara, ‘You Touch Yo Go’ (Anda sentuh, anda pergi). Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk dakwaan yang tular di media sosial berhubung kejadian buli yang berlaku di sebuah MRSM di sebuah negeri utara baru-baru ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Must-Watch Video