,
Laman Utama

Tular Aksi Makan Ais Freezer Pasaraya, Netizen Tengok Geli-Geleman!

Amri Hassan
26/01/2021
04:50 MYT
Sepotong video TikTok yang menayangkan aksi seorang remaja memakan ais dari peti ais pasaraya mengundang rasa jijik dalam kalangan warganet.
Dalam video yang dikongsikan semula di Twitter itu, remaja wanita terbabit dengan selambanya mengambil ais dari bahagian tepi freezer di sebuah pasaraya tempatan dan memakannya ketika sedang membeli belah.
"Wey kau tengok dia kepal ais, dalam peti aiskrim tu lepas tu dia makan. Lepas ni jangan pelik kenapa aku pelik sebab bestfriend saya semua pelik!
"Tak fahamlah aku dia makan lagi tambah-tambah pula tu," tulis individu dipercayai pemilik video TikTok berkenaan.
Aksi itu tidak disenangi oleh kebanyakan warganet dan menyifatkan ia perbuatan yang kotor.
Malah ada yang kurang senang dengan tindakan individu berkenaan yang menurukan pelitup muka ketika berada di tempat awam.
"Makan ais peti ais pasaraya? In these Covid-19 era? Dengan tarik turun mask. Serabutlah," tulis seorang pengguna.
"Weh, aku lepas pegang ikan aku suka basuh kat ais tu dulu sebab sejuk then baru basuh tangan kat sink tau," komen pengguna lain pula.
"Aku tengok aku yang geli. Apa benda weh, kau dah lapar sangat ker kak?" tanya pengguna lain.
Namun, ada juga segelintir pengguna lain yang punyai keinginan dan sifat sama dengan individu berkenaan.
"Aku ingat aku je suka makan ais kat freezer dengan bau benda ni. Dia punya feel time bau ais ni sampai ke bulan ooo. Syahdu," tulis pengguna tersebut.
Sumber: Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.