Qasrina Karim Komited Hidupkan Jiwa Radwa - “Watak Ini Buat Saya Banyak…”
Pelakon, Qasrina Karim akui dia perlu mengambil masa untuk benar-benar memahami latar dan jiwa Radwa agar mampu menghidupkan karakter tersebut dengan lebih jujur.
Jelasnya, Radwa bukanlah watak fiksyen semata-mata sebaliknya telah membuka ruang untuknya menyelami sisi peribadi yang selama ini tidak pernah diteroka.
“Radwa watak yang sangat kuat luarannya tapi dalam diam banyak simpan luka. In that way, saya rasa saya pun lalui benda yang sama. Watak ni buat saya banyak refleksi diri. Dia ‘sentuh’ bahagian dalam diri saya yang saya tak pernah explore sebelum ni.
“Saya ambil masa untuk betul-betul faham siapa Radwa ni. Saya bincang dengan director, baca novel, bertanya novelis, dan cuba letakkan diri saya dalam kasut dia. I thought to myself, “what would Radwa do”, kalau dia alami benda ni, apa dia rasa?
“Dari situ saya mula kenal emosi dia, luka dia, dan kenapa dia jadi macam tu. Saya tak nak bawa watak ni setakat di permukaan je, saya nak betul-betul rasa dan faham dia,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Qasrina turut mengakui bahawa tekanan membawa watak yang sudah mempunyai pengikut setia dalam kalangan pembaca novel bukan sesuatu yang mudah.
Tambahnya, rasa takut dan tekanan yang dirasai dijadikan sebagai dorongan untuk keluar dari zon selesa dan memberikan komitmen penuh terhadap karakter Radwa.
“Saya faham sangat kenapa ada yang akan compare, especially bila dah sayang watak tu dalam novel. Saya pun reader jugak, so saya tahu perasaan tu. Tapi sebagai pelakon, saya cuba buat sebaik mungkin berdasarkan skrip dan arahan yang diberi.
“Tak tipu, memang takut. Pressure tu besar, especially bila tahu ramai yang sayang watak ni. Tapi dalam masa sama, saya rasa bertuah dapat peluang ni.
“So saya gunakan rasa takut tu untuk push myself out of my comfort zone, buat homework, explore emosi, dan betul-betul masuk dalam dunia Radwa,” tambahnya.
Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure diarahkan oleh Eyra Rahman dan dibintangi oleh Meerqeen, Qasrina Karim Everts Gomes dan ramai lagi.