,
Laman Utama

#TravelMana: Selepas KL, Jom Jalan Jalan Cari Makan Di 5 Restauran Pulau Pinang Pilihan The MICHELIN Guide

Asyikin Mayudin
07/08/2023
07:50 MYT
Jika sebelum ini kita sudah senaraikan 3 restoran pilihan The MICHELIN Guide Kuala Lumpur, kali ini 5 pula di Pulau Pinang sempena ‘first round of live updates’ untuk 2023.
Dalam era digital yang serba dinamik ini, MICHELIN Guide telah memilih pendekatan baharu bagi mengumumkan senarai pilihannya, iaitu dengan mengumumkan beberapa penambahan terbaharunya ke dalam Panduan itu sebelum pengumuman tahunan.
Menampilkan pelbagai restoran yang menampilkan beraneka jenis hidangan yang merangkumi makanan tradisional Malaysia hinggalah kepada masakan antarabangsa.
Berikut adalah restoran yang ditampilkan dalam pusingan pertama kemas kini secara langsung MICHELIN Guide Pulau Pinang.
5 Restoran di Pulau Pinang
#Ah Boy Koay Teow Th'ng, sebuah kedai makan mesra yang dikendalikan oleh keluarga, kini memasuki generasi kedua, pakar membuat koay teow th'ng, hidangan yang dihidangkan dalam sup atau kering. Kuahnya diperbuat daripada tulang ayam dan khinzir. Bebola tendonnya yang kenyal mempunyai rasa halia yang enak. Pilihan yang lazat ialah ayam brais dengan tauge.
#Ghee Lian menyajikan tiga hidangan mi, tom yum hijau istimewa, mi sup dan mi goreng. Tom yum hijau yang segar menghasilkan keseimbangan yang tepat antara masam dan pedas. Toping ikan gorengnya mempunyai kulit yang garing dan isi yang empuk; manakala toping udang besarnya mempunyai rasa umami yang menggugah selera.
#Hot Bowl White Curry Mee menyajikan hidangan mi kari putih dalam kuah yang berasaskan santan kelapa dengan semangkuk pes kari tambahan supaya anda boleh menambah tahap kepedasan mengikut selera anda. Pes kari itu turut dijual dalam bentuk botol; proses pembuatannya mengambil masa selama dua jam di mana ramuan rempah ratus, udang kering dan cili perlu dikacau menggunakan tangan. Anda juga boleh memilih untuk menambah ayam kukus yang dibuang tulang, loh bak berempah, atau teochew guang jiang. Mi sup kuah jernih dengan bebola ayamnya juga enak untuk dicuba.
#My Own Café ialah sebuah kedai makan menarik dikendalikan oleh keluarga yang menyajikan Asam Laksa Pulau Pinang, Laksa Nyonya, dan popia goreng. Kuah Asam Laksa yang kemerah-merahan, tidak terlalu pekat dan menyegarkan memberikan keseimbangan rasa masam dan pedas. Hidangan ini dihidangkan dengan hirisan daun pudina dan nanas. Popia gorengnya yang berintikan sayur-sayuran juga menyelerakan.
#Siam Road Char Koay Teow, yang hanya dibuka separuh hari ini sentiasa dipenuhi dengan para pengunjung yang beratur panjang, kebanyakan terdiri daripada pelancong dan anak-anak muda. Di kedai ini, mereka hanya menjual satu hidangan sahaja iaitu kuetiau goreng. Kuetiau yang digoreng di dalam kuali yang mengeluarkan aroma arang itu cukup berperisa dan didatangkan dengan ramuan berkualiti serta boleh ditambah pedasnya secukup rasa.
Kemas kini secara langsung ini akan ditandai dengan simbol “NEW” dalam laman sesawang rasmi dan aplikasi mudah alih (iOS dan Android) MICHELIN Guide.
Ia akan memudahkan pencinta makanan untuk mengenal pasti restoran baharu ini dan merasai sendiri pengalaman terbaik yang ditawarkan oleh Malaysia.
Keistimewaan restoran-restoran yang baru ditambahkan ini akan diumumkan dalam pemilihan penuh tahunan.
Sila kunjungi laman sesawang MICHELIN Guide, atau muat turun aplikasi percuma untuk iOS dan Android, untuk mendapatkan maklumat baharu yang kerap dikemaskini.
BACA SINI: #TravelMana: Khairul Aming Buat Netizen Terliur, Kongsi 9 Lokasi Menarik ‘Syurga Makanan’
BACA SINI: #Travelmana: Jalan Jalan Cari Makan! 3 Port Makan Best Di KL Cadangan The Michelin Guide Yang Korang Boleh Cuba
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Viral

"Selagi Tak Tidur Setilam, Tak Duduk Sebumbung, Selagi Itulah Tak Kenal Kita" - Che Ta Pot Pet Dedah Ramai Rakan Artis Menjauh

gempak
06/11/2024
10:08 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Pulau Pinang, Che Ta Pot Pet mendedahkan ramai rakan selebriti mula menjauhkan diri darinya selepas perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak bertahun-tahun lalu ditimpa ujian.
Hiburan

Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

gempak
29/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengimbau kembali trauma yang pernah menghantuinya sejak lebih 10 tahun lalu.
Gaya Hidup

"Makin Ramai Yang Melancong, Termasuk Destinasi Dekat" - Agensi Pelancongan Optimis Prospek Industri Pelancongan Malaysia, Teruskan Tradisi Cabutan Bertuah Pelanggan Setia

gempak
28/10/2024
15:08 MYT
Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours, Mohammad Adam Jalalel Din optimis dengan perkembangan industri pelancongan di Malaysia.
Unitar