,
Viral

"Tinggal Serumah 14 Orang, Kerja Selagi Matahari Tak Terbenam! Tapi Gaji ..." - Siapa Sangka, Fizi Ali Pernah Jadi Pemetik Epal

Amri Hassan
24/04/2019
06:08 MYT
Penyampai radio Fizi Ali mendedahkan pernah berdepan detik sukar dalam hidup selepas stesen radio tempatnya bekerja sebelum ini ditutup.
Kata Fizi, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara asing untuk menjadi pemetik buah epal selama enam bulan.
"Satu ketika dulu saya pernah di ambang kejatuhan. Kerja tak ada, duit dah semakin habis, saya dah hilang keyakinan untuk hidup. Macam-macam usaha tapi gagal jugak.
"Saya ambil keputusan untuk merantau jauh di negara orang, kerja sebagai pemetik buah.
"Walaupun waktu tu orang gelar saya pendatang haram tapi gigihkan juga sebab saya tau saya cari rezeki yang halal.
"Hampir 6 bulan di sana hidup sebagai pelarian, sentiasa ada perasaan takut ditangkap," katanya.

satu ketika dulu abam pernah di ambang kejatuhan..kerja tak ada,duit dah semakin habis..abam dah hilang keyakinan utk hidup..macam2 abam usaha tapi gagal jugak..abam amek keputusan untuk merantau jauhh di negara orang...kerja sebagai pemetik buah di negara orang..walaupun waktu tu orang gelar abam pendatang haram tapi abam gigihkan jugak sebab abam tau abam cari rezeki yang halal..hampir 6 bulan abam di sana hidup sebagai pelarian..sentiasa ada perasaan takut ditangkap..abam selalu berdoa supaya permudahkan urusan abam..alhamdulillah walaupun sekarang ni tak la sesenang mana tapi abam bersyukur dengan apa yang abam ada sekarang...harap yang tengah hilang keyakinan diri atau tgh down,teruskan berusaha..mesti ada rezeki korang dekat mana2 tuu...ni gambar abam lepas jatuh pokok dulu???

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on

Tambah suami kepada pelakon Shakilla Khoriri itu lagi, sepanjang berada di sana, dia terpaksa berhimpit tinggal bersama 14 orang pekerja lain serumah.
"Hidup saya paling rare satu rumah duduk 14 orang. Berhimpit-himpit... Makan pula selalunya masak sendiri.
"Tetapi, paling best apabila dapat gaji. Minimum selalunya hantar balik ke kampung RM5,000. Sebab itulah ramai lagi yang masih bertahan kerja sana.
"Cuma kerjanya memang risiko. Kalau apa-apa jadi, tanggunglah sendiri," katanya kepada Gempak.
Sepanjang berada di sana, Fizi pernah melalui pengalaman tidur di bawah pokok epal pada waktu tengah hari ekoran jarak dengan tempat penginapan terlalu jauh.
"Waktu kerja pula bayangkan dari awal pagi sampai selagi tak terbenam matahari selagi itulah tak balik rumah," tambahnya.
Perkongsian itu kata Fizi untuk menyuntik semangat kepada individu yang putus asa dan hilang keyakinan diri.
"Alhamdulillah walaupun sekarang ni tak la sesenang mana tapi saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.
"Harap yang tengah hilang keyakinan diri atau tengah down, teruskan berusaha..mesti ada rezeki korang dekat mana-mana tu," simpulnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar