HIBURAN
Tinggal Sendirian, Tak Mampu Berjalan, Mak Wan Latah Tak Mahu Susahkan Anak-Anak - “Mereka Duduk Jauh…”
Meskipun tinggal bersendirian dan diduga dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk kesukaran berjalan, Mak Wan Latah memilih untuk kuat menguruskan dirinya sendiri.
Menurut Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 63 dia tidak mahu mengharapkan pertolongan anak-anak kerana percaya mereka juga mempunyai masalah sendiri.
“Anak-anak saya duduk jauh dan sudah berkeluarga jadi saya tak sampai hati nak suruh apa-apa. Kalau saya boleh buat sendiri, saya buat sahaja.
“Anak saya yang sulung suami baru meninggal, yang seorang lagi isteri baru meninggal anak baru 5 bulan. Jadi saya tak mahu ganggu mereka.
“Saya minta pada Tuhan untuk sihatkan saya kerana tak mahu susahkan anak-anak tapi Allah beri saya ujian ini,” ujarnya ketika ditemui Gempak sewaktu di majlis media screening iklan Farm Fresh Bawa Balik Yang Itu.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu juga memaklumkan dia enggan meminta bantuan daripada orang ramai atas penderitaan yang dialami selama ini.
“Doktor nak suruh buat pembedahan tapi saya tak mampu. Harga RM40,000 tapi keputusan dia tak terjamin selamat dengan faktor umur saya. Jadi saya tak mahu buat,
“Saya tak perlu minta (bantuan) kalau mereka nak bagi mereka bagi la. Saya tak mahu meminta,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mak Wan tetap bersemangat menjalankan tanggungjawab walaupun berhadapan kesakitan sewaktu berada di set penggambaran.
“Saya terima job ini sebelum sakit lagi tapi tarikh untuk penggambaran ada yang perlu ditangguh, jadi bila keadaan jadi beginiisaya masih perlu tunaikan tanggungjawab sebab mereka dah bagi bayaran walaupun saya bertongkat atau apa.
“Sewaktu shooting saya boleh berdiri sekejap kemudian saya duduk kerana tak boleh berdiri dalam waktu yang lama,” kongisnya lagi.
Terdahulu, pendakwah bebas Ebit Lew berkesempatan menziarahi Mak Wan di kediamannya dan menyampaikan bantuan.
Tindakan Ebit mendapat perhatian dan simpati daripada warganet sehingga ada yang mahu membantu meringankan beban pelakon veteran itu.
Must-Watch Video