gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Peminat Ukir ‘RIP OZZY’ Di Buah Tembikai, Black Sabbath Bridge Dipenuhi Kesedihan
BERITA
42 Guru Wanita Minta Cerai Selepas Terima Pelantikan Tetap
HIBURAN
Daiyan Trisha Harap Dapat Berlakon Bersama Bront Palarae - “Kami Suka 'Buli' Sesama Sendiri”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Ular Hitam, Lipan Bara Merayap Dalam Rumah, Sihir Dan Busung Pun Dah Lalui" - Haliza Maysuri

Amri Hassan
Amri Hassan
31/07/2025
00:50 MYT
Sponsor Banner
"Ular Hitam, Lipan Bara Merayap Dalam Rumah, Sihir Dan Busung Pun Dah Lalui" - Haliza Maysuri
Pengasas perniagaan Haliza Maysuri tampil berkongsi sisi peribadi dan penuh keinsafan dalam satu hantaran video di TikTok, menjawab komen-komen netizen yang sering menasihatinya supaya tidak terlalu kerap muncul di media sosial kerana bimbang terkena 'ain atau sihir.
Namun bagi Haliza, realitinya jauh lebih mendalam daripada sekadar nasihat biasa. Haliza terbaharu tampil mendedahkan pengalaman menakutkan yang pernah dilaluinya sejak mula menceburi dunia perniagaan.
“Sejak mula berniaga, bukan saja ‘ain’, sihir pun saya dah lalui,” tulisnya.
Haliza menceritakan bagaimana dia pernah mengalami gangguan-gangguan luar biasa seperti ular hitam yang berulang kali masuk ke rumah, lipan bara merayap di dalam bilik, tanah kubur yang ditabur di hadapan butik dan air berbau kapur barus yang membasahi pintu kedainya.
Lebih menggerunkan, dia juga pernah terkena busung, mengalami mimpi ngeri dan jatuh sakit berpanjangan tanpa penjelasan perubatan.
“Bertahun saya terlantar. Pengsan tiba-tiba bagai ada tenaga yang begitu kuat menolak tubuh saya. Sering kali berlaku, malah sampai ke hari ini,” luahnya.
Walaupun diuji sebegitu rupa, Haliza tetap tenang dan percaya bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin Allah, dan setiap ujian membawa hikmah.
“Saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah. Dan bila kita mampu lepasi ujian itu, di situlah letaknya nilai kejayaan sebenar,” katanya.
Haliza juga menekankan bahawa prinsipnya dalam perniagaan bukan diukur berdasarkan harta atau nama yang gah, tetapi pada keupayaan seseorang melepasi ujian hidup dengan hati yang tetap bersandar pada Tuhan.
Menjawab teguran yang meminta agar berhenti muncul di hadapan kamera atau melakukan sesi siaran langsung, Haliza memberikan jawapan yang penuh makna.
“Kalau saya tak buat semua itu, macam mana orang nak nampak produk kita? Sekarang ni media sosial adalah butik kita. Kalau saya diam, tak buat konten, tak perkenalkan diri… orang tak kenal siapa saya. Bila orang tak kenal, macam mana nak yakin untuk membeli?”
“Kadang-kadang sihir pun dihantar supaya kita berhenti berniaga. Akhirnya kita sendiri yang tutup perniagaan kita kerana takut.
“Saya pilih untuk terus berniaga. Terus berjuang. Dengan izin Allah. Dan saya tak pernah berhenti berdoa agar saya dan sesiapa yang sedang diuji seperti saya, terus kuat dan terus berniaga. Kerana sembilan daripada sepuluh bahagian rezeki adalah melalui perniagaan," tegasnya.
@halizamaysuri Puan Haliza, jgn selalu post gambar/video Nanti kena ain. Jangan live sangat, nanti kena sihir. Saya dah biasa dengar. Tapi saya nak beritahu satu perkara Sejak mula berniaga, bukan saja ain sihir pun saya dah lalui. Ular hitam berkali2 masuk rumah. Lipan bara merayap dalam bilik. Tanah kubur bertabur depan butik. Air berbau kapur barus basahi pintu kedai saya. Busung. Mimpi ngeri. Sakit yang tak dapat dikesan doktor. Bertahun saya terlantar. Pengsan dg tiba2 bagai ada tenanga yg begitu kuat menolok tubuh saya,sering kali berlaku malah sampai ke hari ini. Tapi saya percaya… kalau Allah tak izinkan, takkan semua itu berlaku. Jadi saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah. Dan bila kita mampu lepasi ujian itu di situlah letaknya nilai kejayaan sebenar. Prinsip saya mudah Orang berjaya bukan yg banyak hartanya. Bukan juga yang besar namanya. Tapi yang mampu melepasi ujian demi ujian dengan hati yang tetap bersandar pada Tuhan. Dan bila ada yang nasihat saya, Jangan tunjuk muka, jangan buat live. Saya tanya semula kalau saya tak buat semua itu, macam mana orang nak nampak produk kita? Sekarang ni media sosial adalah butik kita. Kalau saya diam, tak buat konten, tak perkenalkan diri orang tak kenal siapa saya. Bila orang tak kenal, macam mana nak yakin untuk membeli? Jadi bila org suruh kita diam, itu sebenarnya seperti tutup periuk nasi kita.Faham tak? Kadang2 sihir pun dihantar supaya kita berhenti meniaga. Akhirnya kita sendiri yang tutup perniagaan kita kerana takut. Saya pilih untuk terus berniaga. Terus berjuang. Dengan izin Allah. Dan saya tak pernah berhenti berdoa agar saya dan sesiapa yang sedang diuji seperti saya terus kuat dan terus berniaga. Kerana Sembilan daripada sepuluh bahagian rezeki adalah melalui perniagaan. @HalizamaysuriHQ ♬ suara asli - bungasirait.official
Topic Berkaitan
#Viral
#Sihir
#Ular
#Usahawan
#Bawal Exclusive
#Haliza Maysuri
#Ain
#Busung
#Lipan Bara
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement