,
Viral

"Tindakan Tembak Mati Anjing Liar Adalah Tidak Berperikemanusiaan" - Nashriq Ismail Sabri

Amri Hassan
18/10/2024
20:20 MYT
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bera, Nashriq Ismail Sabri, membantah sekeras-kerasnya operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar, termasuk 'Kopi' dipercayai ditembak.

BERITA TRENDING: Kopi Mati Ditembak: Tindakan Penguatkuasa Diambil Ikut Prosedur Lapangan

Menurut Nashriq, 32, dia menyifatkan tindakan yang dijalankan oleh Majlis Daerah Besut (MDB), Kuala Terengganu, sebagai tidak berperikemanusiaan kerana masih terdapat langkah lain yang boleh diambil selain daripada membunuh.
Tambah Nashriq, kerajaan boleh melaksanakan pemandulan terhadap anjing dan kucing liar sebagai langkah untuk mengatasi masalah gangguan terhadap orang awam.
“Telah tiba masanya untuk Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membenarkan penggunaan senjata api terhadap haiwan, terutamanya terhadap anjing dan kucing liar dihapuskan serta merta.
“Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk membina satu pusat perlindungan haiwan di setiap kawasan yang mempunyai masalah anjing atau kucing liar.
"Kerajaan juga boleh membenarkan NGO Pencinta Haiwan untuk menjaga tempat tersebut secara sukarela.
“Selain itu, pihak kerajaan juga boleh membuat operasi pemandulan anjing dan kucing liar agar boleh mengawal pembiakan mereka," katanya.

BERITA TRENDING: "Bunuh Anjing Tak Boleh Ubah Keadaan" - Ramai Berang, Anjing Liar Nama Kopi M*ti Ditembak

Dalam pada itu, anak kepada Perdana Menteri Kesembilan berkata Malaysia seharusnya mencontohi negara-negara luar seperti Switzerland, Austria, dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.
“Saya amat berharap pihak kerajaan sedia mendengar suara daripada pencinta haiwan di negara ini dan bekerjasama dalam mengambil langkah yang lebih baik untuk mengatasi masalah anjing dan kucing liar di negara ini.
“Malaysia harus mencontohi negara-negara maju seperti Switzerland, Austria dan Australia dalam menjaga kebajikan haiwan.
“Lagi-lagi negara kita yang majoritinya orang Islam wajib mengikuti perintah Allah SWT dengan tidak menyakiti mana-mana haiwan, lagi-lagi membunuh.
“Jadi jangan la kita ‘menghalalkan’ cara hanya kerana ada ‘SOP’ yang telah ditetapkan di dunia," tambah beliau lagi.
Terdahulu, MDB telah melakukan operasi bersepadu untuk menangkap dan melupuskan anjing liar di beberapa kawasan di Bandar Jertih selepas menerima 62 aduan mengenai gangguan haiwan tersebut daripada orang awam.
Menurut MDB, tindakan melupus anjing liar adalah mengikut prosedur Tatacara Operasi Piawai (TOP) ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan selari dengan peruntukan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
BorakSeeni