gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Perkara Ini Mengganggu Mental Saya Sebab ..." - Arfie Shah
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap

Amri Hassan
Amri Hassan
04/07/2025
15:45 MYT
Sponsor Banner
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap

Akhirnya yang ditunggu-tunggu datang juga! Lee Je-hoon kini sah kembali menggalas watak ikonik Kim Do-gi dalam musim ketiga Taxi Driver drama K-aksi yang cukup digilai ramai.

Kali ini, bukan sahaja jalan ceritanya makin mendebarkan, tetapi skala produksinya juga naik level, lengkap dengan lokasi penggambaran antarabangsa dan penyertaan pelakon dari seluruh Asia.
Taxi Driver 3 akan ditayangkan sekitar suku keempat 2025 sebagai Viu Original di seluruh dunia (kecuali Korea Selatan dan China).
Musim baharu ini bakal mengekalkan DNA penceritaan Korea yang solid sambil membuka ruang kepada babak-babak luar Korea dan pengenalan watak-watak baharu yang lebih segar dan mencabar. Yang mencuri tumpuan pastinya kehadiran Edan Lui, ahli kumpulan sensasi Hong Kong MIRROR, yang akan membuat debut lakonannya dalam drama Korea dan membentuk pakatan tidak dijangka bersama Kim Do-gi.
Lee Je-hoon akan kembali disertai pelakon asal seperti Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin dan Bae Yoo-ram. Naskhah kali ini masih ditulis oleh Oh Sang-ho dan diarahkan oleh Kang Bo-seung, duo yang bertanggungjawab membawa siri ini ke tahap luar biasa sejak musim pertama.
Dalam kenyataan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Studio S (Unit Penerbitan Dalaman SBS Media Group), Park Jeong-hoon, pihaknya berbesar hati mengumumkan kerjasama berterusan dengan Viu.
"Pasukan produksi kini sedang berusaha keras untuk menghasilkan sebuah drama berkualiti tinggi yang bukan sahaja meneruskan legasi Musim 1 dan 2, tetapi juga mampu memenuhi dan mengatasi jangkaan penonton," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan PCCW Media Group, Janice Lee, turut berkongsi senarai kandungan terbaharu mencerminkan komitmen berterusan terhadap penceritaan yang menarik, relevan secara lokal dan berpotensi menembusi pasaran global.
"Sepanjang 2025, kami membawakan pelbagai kerjasama antarabangsa baharu seperti Taxi Driver 3, My Youth dan The Season, produksi yang membawakan kisah berunsur lokal dengan sentuhan universal. Dengan kerjasama bersama studio bertaraf dunia dan penglibatan bakat tempatan serta antarabangsa, kami berhasrat untuk terus memperkasa industri kreatif sambil mempersembahkan naratif segar dan kekayaan budaya yang mampu memikat penonton global," katanya.
Bagi peminat tegar Kim Do-gi, musim ini dijangka membawa dimensi baharu watak tersebut – lebih dalam, lebih mencabar dan lebih penuh konflik jiwa. Gabungan trauma lama, semangat keadilan dan cabaran misi luar negara akan menjadikan musim ini sebagai antara yang paling epik dalam siri Taxi Driver.
Adakah pasukan Rainbow Taxi mampu hadapi misi paling berbahaya mereka? Dan mampukah Kim Do-gi mengimbangi dendam dan kebenaran dalam dunia yang semakin kabur batas moralnya?
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Viu
#Taxi Driver
#Lee Je-hoon
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement