HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
Kehadiran suami yang juga pempengaruh Ubai MZ mengubah kehidupan penyanyi Shila Amzah menjadi lebih manis dan bahagia.
Suka dengan kehidupan kini
Pernah melalui fasa jatuh bangun seorang diri, Shila berkata, dia kini mendapat layanan seperti permaisuri oleh suaminya yang sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik.
"Sebelum ini saya tak pernah dapat rasa hidup dalam feminim energy, sebelum ini saya maskulin engergy. Semua perkara saya perlu buat sendiri.
"Tapi selepas ada Ubai, saya rasa seperti 'princess'. Itu membuat saya suka dengan hidup yang sekarang,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok Pa&Ma.
Tak ada masalah komunikasi
Berkongsi mengenai elemen komunikasi dalam rumah tangga, penyanyi berusia 35 tahun ini memberitahu dia dan suami tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan perkara itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Muncul Dengan Single Baharu, ‘Pernah Punya Aku’ - “Ketika Itu Emosi Tak Stabil, Suami Saran Luah Melalui Lagu”
ARTIKEL BERKAITAN: Dibayar Tinggi & Dalam Mata Wang Dolar, Shila Amzah: “Saya Hanya Mampu Ucap Alhamdulillah…”
"Kami berkomunikasi dengan baik, alhamdulillah masing-masing faham. Setakat hari ini, belum ada masalah. Kami saling berkongsi sehingga password akaun bank pun masing-masing tahu,” ujarnya.
Percaya satu sama lain
Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, mereka juga saling mempercayai antara satu sama lain dan tahu batas masing-masing ketika berususan dengan pihak luar terutama yang berlainan jantina.
"Kami berdua tidak saling semak telefon masing-masing, kerana tahu batasnya. Ubai pun berada dalam industri ini (hiburan) juga.
"Saya percaya Ubai tahu untuk jaga batas jika berurusan dengan artis atau rakan sekerja wanita, begitu juga saya.
"Perkara ini tidak perlu dibincangkan kerana batas suami dan isteri masing-masing perlu sendiri, kalau tidak tahu jaga batas bahaya dalam rumah tangga,” katanya.
Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.
Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais hasil perkahwinan dengan bekas suami Haris Edraki.
@pama.my Sebelum ni saya tak pernah dapat rasa saya boleh berada dalam feminine energy, sebelum ni saya masculine energy, semua benda saya kena buat sendiri. Tapi bila dengan Ubai, saya boleh jadi princess … itu saya paling suka.” – Shila Amzah Perjalanan hidup Shila bukan mudah. Dari belajar jadi kuat sendiri, berdikari, sampai lupa untuk rasa ‘dilindungi’. Tapi hadirnya Ubai dalam hidup Shila mengubah segalanya. Dia temui ruang untuk berehat, untuk rasa disayangi dan dihargai, bukan sebagai seorang selebriti, tapi sebagai seorang wanita biasa yang akhirnya boleh rasa jadi ‘puteri’ dalam kisah cintanya sendiri. #majalahpama #anak #pama #keluargabahagia #ShilaAmzah #Ubai #CintaYangMenyembuhkan #FeminineEnergy #RelationshipGoals #HealingJourney #CintaSejati #JadiPuteriDalamCintaSendiri ♬ original sound - Pa&Ma
Must-Watch Video