,
Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Grace Cemas Potensi Dirinya Pula Menjadi Sasaran Musuh

Shahrin Zulkifle
03/09/2022
11:00 MYT
Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa yang sebenarnya berlaku?
Drama bersiri fantasi Thailand, The Gifted Graduation kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Citra (108).
Episod lalu menyaksikan satu rahsia terbongkar apabila Yuth itu sebenarnya ialah Supot. Supot juga mengajak Pang untuk bergabung dengannya, namun Pang menolak tawaran tersebut dan kemudian diugut oleh Supot untuk menyuntikkan virus NYX 88 kepadanya.
Memasuki episode ke-11, Grace telah kembali dan membangunkan semula Third dan Time. Grace turut mendedahkan perihal guru Pom yang telah mencuri sampel virus NYX88 dan telah menghapuskan memori mereka.
Sementara itu, Supot telah mengumpulkan semua pelajar untuk bertanyakan keberadaan Pang, namun tiada seorang yang mengetahui di mana Pang bersembunyi kecuali Punn. Punn kemudiannya memberitahu Supot tempat Pang bersembunyi.
Suatu malam, Grace merasakan seperti dirinya telah dikawal seseorang, dia kemudiannya berasa cemas lalu meminta Third dan Time untuk lekas keluar dan meninggalkan tempat mereka tinggal.
Dalam pada itu, tanpa disedari potensi Grace turut terserlah apabila seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang masa depan mula bertindak untuk membuat perubahan yang besar di sekolah pelajar Gifted.
Apakah Grace mangsa seterusnya yang akan dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Saksikan episode 11 malam ini.
Saksikan The Gifted Graduation yang sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Supot Tiada Potensi Sendiri, Yuth Dedah Pergunakan Supot Demi Kedudukan Dalam Kementerian

gempak
27/08/2022
11:00 MYT
Episod 10 The Gifted Graduation
Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Third, Grace & Time Berada Di Pihak Supot! Miss Darin Cemas Jika Rahsia Virus NYX88 Bocor

gempak
20/08/2022
11:00 MYT
Episod 9 The Gifted Graduation
Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Kehadiran Miss Darin Menambah Masalah, Supot Pegang Rahsia Terbesar Kementerian

gempak
13/08/2022
11:00 MYT
The Gifted Graduation Episod 8
Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Punn Makin Cekap Kawal Pontensi, Darin Diberi Tanggungjawab Besar Siasat Kes Kematian

gempak
06/08/2022
09:00 MYT
Mungkin dengan kehadiran Darin masalah akan selesai
Laman Utama

#TheGiftedGraduation : Nasib Korn Kini Dalam Bahaya, Episod Untuk Membalas Dendam Sudah Bermula!

gempak
30/07/2022
11:00 MYT
Dendam Sudah Bermula