,
Laman Utama

Terkenal Dengan Harga Tak Masuk Akal, Salt Bae Didakwa Hidang Sisa Alkohol & Guna Bahan Murah

Maliah Surip
04/05/2023
14:50 MYT
Tukang masak Salt Bae yang menjadi fenomena dengan gaya menabur garam pada stik dan makanannya, lalu menjualnya dengan harga tak masuk akal seperti sepinggan stik berharga RM3,537 terus dihimpit sensasi.
Kali ini, mantan pekerja di salah sebuah rangkaian restorannya, Nurs-Et, mendedahkan pemilik nama sebenar Nusret Gökçe Erzurum itu melayan para pekerja tidak ubah seperti dalam neraka.
Salt Bae juga digambarkan sebagai seorang ditaktor, licik dan suka mengawal.
“Apabila anda bekerja di dalam (restoran) anda akan mengetahuinya. Tiada masa rehat langsung.
“Jika dia tidak suka, anda boleh dipecat pada bila-bila masa tanpa notis tanpa apapun.
“Dan anda tidak sedar bila dia perhatikan anda, itu sangat tidak selesa,” dedah salah seorang pekerja seperti dilaporkan Insider.
Selain memberi layanan buruk kepada para pekerja, tukang masak berusia 39 tahun tersebut juga didakwa sangat licik menipu pelanggan yang datang ke restorannya.
Antaranya mereka akan menghidangkan sisa allkohol daripada botol air pelanggan yang tidak habis. Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang wartawan dari London, Sophia Ankel.
Ankel mendakwa menerima banyak laporan dari mantan pekerja restoran Salt Bae.
Hampir semuanya melaporkan hal negatif mulai dari keburukan pengurusan hingga cara licik tim restoran Salt Bae untuk mendapatkan keuntungan yang besar.
Antaranya adalah dengan beberapa kali menjual kembali alkohol atau wine yang yang dibeli secara botol.
“Air dalam botol yang tidak habis kemudian dihidangkan dalam cawan dan diberikan kepada pelanggan,” dedah seorang lagi pekerja.
Restoran yang kerap menimbulkan kontroversi kerana menjual makanan dengan harga melampau juga didakwa menggunakan bahan masakan tidak berkualiti sebelum ‘dicantik’ dan dipersembahkan supaya kelihatan mahal.
Bagaimanapun sehingga kini pihak Salt Bae belum memberikan sebarang respon terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.
Lelaki yang berasal daripada Turki ini sendiri memang berhadapan dengan beberapa kes saman daripada bekas pekerjanya sejak beberapa tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.