,
Filem

Tawan Gunung Annapurna Nepal, Nabila Huda Dera Emosi Sendiri

Kamaruddin Razal
09/10/2017
11:38 MYT
Pelakon Nabila Huda berkongsi pengalaman mendera emosi sendiri ketika dalam proses menawan Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Gunung Annapurna, Nepal.
Aktres yang mesra disapa sebagai Abil itu menjalankan aktiviti lasak tersebut pada awal September lalu.
"Menawan ABC menjadi pengalaman yang baru dan berbeza buat saya. Saya sendiri keliru mengapa saya menjadikan aktiviti pendakian tersebut sebagai salah satu 'wishlist'.
"Sebelum ini, saya tidak pernah melakukan sebarang aktiviti sedemikian. Sebelum bertolak ke sana pun saya tak sempat nak berlatih kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dendam Aurora.
"Proses pendakian membuatkan saya terdera emosi dan fizikal. Saya hampir berputus asa kerana perjalanan mendaki sangat memenatkan," katanya.
Berjaya menghabiskan pendakian, Abil berbangga dengan diri sendiri kerana tidak mengalah.
"Biarpun saya rasa saya mendera emosi dan fizikal sendiri, saya tetap membulatkan tekad dan tidak mahu mengalah. Syukur kerana akhirnya saya berjaya menyudahkan 'wishlist' saya. Saya gembira kerana tidak cepat mengalah," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.
Membawakan watak sebagai seorang wartawan bernama Wan Suraya, filem adaptasi karya novelis thriller no 1 Malaysia, Tombiruo akan ditayangkan pawagam bermula 12 Oktober ini.
Filem Tombiruo membariskan Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa dan ramai lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @kupu_kupu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Menangis Depan Kamera ‘Not A Problem’ Buat Nabila Huda - “Apa Yang Saya Tak Boleh Buat, Paling Susah Adalah…”

gempak
05/07/2024
05:55 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi pengacara untuk sebuah program merupakan sesuatu yang paling susah untuk dilakukan dalam kerjaya seninya.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Ini Resipi Mudah Buat Soto Johor! Sherry Alhadad Dedah Sebab Tak Pandai Masak

gempak
18/03/2024
09:55 MYT
Nabila Huda puji masakan Sherry.
Hiburan

Filem Rahsia Tembusi Pasaran Kemboja, Tukar Judul Bahasa Lokal ទាយាទស្នងអាគម

gempak
19/01/2024
14:23 MYT
Filem seram versi reboot, Rahsia terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu.