Laman Utama
Tampil Lebih Tawaduk Dengan Berniqab, Ini Penjelasan Akma AF! - "Bulan Ramadan Ni Semua Orang Sedang ..."
Penyanyi Akma AF tampil menjawab pertanyaan netizen berhubung penampilannya kini yang sering mengenakan niqab.
Jelas Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 36, dia sebenarnya masih belum berniqab namun sedang berusaha ke arah lebih baik.
"Ada yang tanya 'Akma dah berniqab ke?'.
"Masya-Allah, belum lagi. Tapi saya aamiinkan la. Bulan Ramadan ni semua orang cuba sedaya upaya untuk berubah ke arah yang lebih lebih.
"Apa-apa pun marilah kita perbaiki yang wajib dulu ya. InsyaAllah. Allah sayang," jelasnya.
Begitupun ramai yang memuji usaha Akma untuk tampil dengan imej yang lebih tawaduk dan zuhud dengan berniqab malah mendoakan penyanyi itu agar terus istiqamah.
"Masya-Allah cantiknya Akma berniqab, one day insya-Allah," tulis @kobis_mama.
"It's okey my dear, niqab is a fashion. Now a trend," tambah @rozannarahmat.
"Cantiknya awak berniqab, sungguh manis dan ayu," puji @dennis_ikhwan.
"Pakai je kak sebab kalau pergi kemana-mana pun sekarang kena pakai mask. Baik pakai niqab je terus kan," tambah @aleyhyusof.
Must-Watch Video