gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pelakon Wanita Thailand Rugi RM131,000 Dicuri Pembantu Rumah
HIBURAN
Video Dengan Kekasih Tular, Ini Respons Yazmin Aziz - “Sebab Apa-Apa Yang Saya Cakap Mungkin…”
HIBURAN
Penuh Emosi & Nostalgik, Zepp KL Jadi Saksi Glenn Fredly ‘Kembali’ Hiburkan Peminat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Zarif Ghazzi Tak Menyesal Bawa Watak Dr Fakhrul, Anggap Beri Impak Positif - “Rasa Seram, Budak-Budak Ada Datang Tegur…”

Mya Amri
Mya Amri
21/07/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Zarif Ghazzi Tak Menyesal Bawa Watak Dr Fakhrul, Anggap Beri Impak Positif - “Rasa Seram, Budak-Budak Ada Datang Tegur…”
Pelakon, Zarif Ghazzi tidak menolak bahawa wataknya sebagai Doktor Fakhrul dalam drama Seribu Tahun telah membuka mata banyak pihak produksi untuk menawarkannya peluang berlakon.

Impak positif

Menurut Zarif, dia menganggap perkara itu sebagai satu impak positif dalam kerjayanya.

“Saya semakin banyak dapat tawaran berlakon selepas itu. Memang ini apa yang saya inginkan sejak dulu. “Saya juga melihat apa yang dilalui dan impak yang diberikan pelakon terdahulu. InsyaAllah saya buat termampu untuk galas tanggungjawab itu,” ujarnya.

Zarif berkata demimikian ketika ditemui Gempak di teater Persiapan Seorang Aktor, baru-baru ini.

Terkejut kanak-kanak kenal

Bagaimanapun kata Zarif, dia berasa gembira dan seram pada masa yang sama apabila namanya mula menjadi tumpuan selepas membawakan karakter lelaki songsang itu dalam drama tersebut.
Kongsi Zarif atau nama sebenarnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, 21, dia sering disapa peminat yang selalunya datang daripada kalangan budak-budak membuatkannya terkejut dan berjaga-jaga.
“Alhamdulillah, sejak kejayaan drama itu saya semakin dikenali. Sehingga budak-budak ada datang tegur ‘eh abang ini Doktor Fakhrul lelaki songsang itu kan?’.

“Bila dapat reaksi begitu, saya gembira dan seram pada masa yang sama. Adik itu kecil lagi tapi sudah tahu perkara begitu. “Apapun saya tidak menyesal, tapi bersyukur ia membuatkan saya semakin matang dalam industri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebak Bila Ramai Ucap Dan ...” - Rai Hari Jadi Ke-21, Zarif Ghazzi Terharu Terima Banyak Ucapan Peminat

ARTIKEL BERKAITAN:Zarif Ghazzi Puas Bawa Watak Doktor Fakhrul, Syukur Lakonan Dalam Seribu Tahun Dapat Pujian – “Yang Penting Adalah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Ditawar RM20,000 Hanya Untuk Berborak Di Taman, Zarif Ghazzi Enggan Layan Permintaan Pelik - “Jumlah Itu Memang Banyak Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Pertama Kali Join Reality Show, Zarif Ghazzi Teruja Jayakan Call Me Handsome Sempena Hari Malaysia – “Saya Terus Ambil, Tolak Semua Job”

Menyedari peminatnya datang daripada generasi muda, Zarif tidak bercadang untuk memilih watak namun memastikan karakter lakonannya memberikan pengajaran besar kepada masyarakat.
“Saya selalu hadkan diri di mana tidak kisah mahu bawa apa-apa karakter asalkan ia bukan ‘kosong’. Perlu ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Zarif baru selesai menjalani penggambaran sebuah filem pendek ‘Rumah Menanti Cahaya’ di Jakarta yang menampilkan gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia.
Topic Berkaitan
#Seribu Tahun
#Zarif Ghazzi
#Dr Fakhrul
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement