gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pelakon Wanita Thailand Rugi RM131,000 Dicuri Pembantu Rumah
HIBURAN
Video Dengan Kekasih Tular, Ini Respons Yazmin Aziz - “Sebab Apa-Apa Yang Saya Cakap Mungkin…”
HIBURAN
Penuh Emosi & Nostalgik, Zepp KL Jadi Saksi Glenn Fredly ‘Kembali’ Hiburkan Peminat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penuh Emosi & Nostalgik, Zepp KL Jadi Saksi Glenn Fredly ‘Kembali’ Hiburkan Peminat

Umirah Halim
Umirah Halim
21/07/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Penuh Emosi & Nostalgik, Zepp KL Jadi Saksi Glenn Fredly ‘Kembali’ Hiburkan Peminat
Suasana penuh emosi menyelubungi konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia apabila sosok mendiang penyanyi tersohor Indonesia itu ‘dihidupkan semula’ menerusi pancaran hologram di pentas Zepp Kuala Lumpur malam Jumaat lalu.
Isterinya, Mutia Ayu, tidak dapat menahan rasa sebak apabila menyaksikan suami tercinta kembali ‘beraksi’ menyampaikan lagu-lagu malar segar ciptaannya dengan gerakan tubuh seolah-olah hidup di hadapan ribuan penonton.
“Ketika latihan lagi saya sudah merasa sebak, terutama saat suara mendiang Glenn kembali dimainkan.
“Apabila keadaan itu berlaku, kadang-kadang saya sendiri boleh terlupa lirik kerana terlalu emosional. Tapi saya selalu berusaha untuk beri yang terbaik,” katanya dalam sidang media yang berlangsung sebelum konsert bermula.
Konsert berdurasi dua jam itu menjadi medan nostalgia buat peminat setia Glenn apabila suara dan kelibat penyanyi Kasih Putih itu kembali menghiasi pentas, diiringi persembahan secara langsung oleh band asalnya, The Bakuucakar.
Antara segmen paling menyayat hati ialah ketika Mutia menyanyikan lagu Itu Saja bersama Glenn iaitu lagu istimewa ciptaan mendiang sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
“Malam ini sangat luar biasa. Saya akan persembahkan lagu Itu Saja, yang Glenn cipta khas untuk ulang tahun perkahwinan kami. Mudah-mudahan kalian suka,” kata Mutia sambil menahan sebak di atas pentas.
Segmen itu turut menyaksikan Gewa dibawa naik ke pentas, mencipta detik yang cukup bermakna buat keluarga kecil Glenn Fredly dan penonton.
Glenn berkahwin dengan Mutia pada 19 Ogos 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Gewa, yang dilahirkan pada 28 Februari 2020.
Namun, kehidupan bahagia mereka hanya seketika apabila Glenn menghembuskan nafas terakhir akibat meningitis pada 8 April 2020 di Jakarta Selatan, ketika berusia 44 tahun.
Selain Mutia, konsert turut menampilkan barisan penyanyi hebat termasuk Ryan D’Masiv, Noh Salleh, Bella Astillah, Nadira Adnan, Gretchene Quirina, Allan Andersn dan Matthew Sayersz.
Kesemua mereka bersatu dalam satu penghormatan penuh cinta dan harmoni buat Glenn Fredly legenda yang tak akan dilupakan.
Topic Berkaitan
#peminat
#Fredly
#Glenn
#zepp kl,
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement