,
Berita

"Tak Pernah Segembira Ini" - SM Faisal Dapat Hak Lawatan Anak

Amri Hassan
23/07/2018
12:01 MYT
Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menzahirkan rasa gembiranya apabila mendapat hak lawatan ketiga-tiga anaknya, Fawwaz, Faiz dan Farhan.
SM Faisal menerusi akaun Instagramnya memanjatkan rasa syukur atas keputusan mahkamah yang diumumkan hari ini.
"Alhamdulillah. After years of never ending battle finally the court has decided and affirmed my visitation rights.
"Fawwaz, Faiz & Farhan now are able to see and spend time with me.
"I've never been happier. I am blessed. I am speechless," tulisnya bersama sekeping foto bersama anaknya.
SM Faisal turut berterima kasih dan mengharapkan kerjasama daripada pihak bekas isterinya, Emilia Hanafi.
"I would also like to take this opportunity to thank everyone that has helped and supported me all these while not forgetting my ex wife.
"I hope we can work things out for the better and balance life of @smf1f2f3," tambah Faisal berserta hashtag #silaturrahim.
Namun, hak jagaan penuh diberikan kepada Emilia selepas tiga tahun proses turun naik mahkamah.
SM Faisal dan Emilia telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada Mac 2016.
SM Faisal merupakan anak sulung kepada pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @faisalnasimuddin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bekas Isteri SM Faisal Dikenakan Waran Tangkap Kerana…

gempak
22/12/2022
01:50 MYT
Waran tangkap dikenakan pada Selasa
Laman Utama

[VIDEO]“Salah Orang Boss”- Disaman SM Faisal Gara-Gara Kes Emilia Hanafi, Caprice Tak Akan Minta Maaf?

gempak
20/09/2022
23:25 MYT
Gara-Gara Campur Tangan Kes Emilia Hanafi, Caprice Disaman
Laman Utama

SM Faisal Saman Caprice Isu Kes Emilia Hanafi

gempak
20/09/2022
10:30 MYT
Alamak!
Laman Utama

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara

gempak
02/07/2022
01:17 MYT
Semoga dipermudahkan.