,
Laman Utama

Tak Mahu Orang Terlepas Pandang Kewujudan Diri Dalam Industri, Wani Kayrie 'Curhat' Menerusi...

Asraf Aided
22/11/2021
10:15 MYT
Penyanyi, pelakon serta pengacara muda berbakat besar yang telah berkecimpung dalam industri seni tanah air sedekad lamanya, Wani Kayrie tampil dengan single pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment berjudul Jangan Terlepas Pandang.
Single tersebut merupakan hasil ciptaan komposer terkenal negara, MFMF dan Asyraf Nasir.
Menurut Wani, dia amat bersyukur kerana penantian menghasilkan single bersama Rocketfuel akhirnya terlaksana.
“Akhirnya penantian menghasilkan single bersama Rocketfuel tercapai jua. Syukur dan setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kerana diberikan peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel sekaligus tampil dengan lagu baru,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai single barunya itu, Wani akui ia mengisahkan tentang posisinya dalam industri hiburan yang mungkin kurang diiktiraf oleh segelintir pihak meskipun sudah lebih sedekad berkecimpung.
"Lagu ini adalah suara hati saya, setelah lebih 10 tahun bergiat aktif dalam industri, saya lebih matang dalam berpendirian.
"Jangan Terlepas Pandang bercerita tentang saya dalam industri keran mungkin kewujudan saya tidak dilihat atau mendapat pengiktirafan seperti yang diinginkan.
"Namun saya masih berharap untuk menjadi bintang utama dan tidak 'dilepas pandang'," jelasnya lagi.
Oleh demikian, Wani berharap agar taruhan terbarunya itu dapat diterima baik oleh orang ramai.
“Saya berharap agar single Jangan Terlepas Pandang ini dapat diterima ramai. Dan buat sesiapa yang mendengarnya, percaya dengan kebolehan diri sendiri dan jangan takut mencuba perkara baru dalam hidup, jangan mudah berputus asa dan jangan jadikan kritikan orang luar dalam menjatuhkan kredibiliti kita," tambahnya.
Sementara MFMF pula berpendapat, kini tibalah untuk Wani betul-betul menyinar dalam industri.
“Apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu ini kepada pendengar adalah sebuah kenyataan bahawasanya masa Wani untuk menyinar telah tiba. Ia menceritakan tentang semangat beliau dalam menonjolkan bakat dan kemampuan dirinya, serta bagaimana beliau mengatasi rintangan yang dihadapi apabila merasa tewas.
“Selain itu, mesej yang terdapat dalam lagu ini juga adalah sebagai pembakar semangat bagi setiap individu di luar sana yang ingin membuktikan diri mereka kepada semua orang bahawa mereka mampu mencapai lebih daripada apa yang disangkakan jika sentiasa bekerja keras dan tak berputus asa," katanya.
Lagu Jangan Terlepas Pandang boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala video muzik (MV) single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.
Hiburan

Wani Kayrie Enggan Terburu-Buru, Keluarga Tak Galak Kahwin Muda - “Saya Banyak Komitmen, Kadang-Kadang Sabar Itu Lebih Indah”

gempak
29/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wani Kayrie, 24, akui tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan atau menamatkan zaman bujang.
Hiburan

“Saya Bertuah Kerana Masih Hidup” - Halsey Menangis Jalani Rawatan Hospital

gempak
05/06/2024
15:55 MYT
Penyanyi antarabangsa, Halsey memberi bayangan bahawa dia seakan-akan sedang menghidapi penyakit lupus dan leaukimia.
Hiburan

Kongsi Foto Bersama Meerqeen, Teka-Teki Foto Ala Pre-Wedding Daiyan Trisha Akhirnya Terjawab

gempak
05/06/2024
09:07 MYT
Perkongsian foto memaparkan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha bersama seorang lelaki dengan tulisan ‘My Home Is In Your Arms” menimbulkan teka-teki orang ramai sebelum ini.