,
Laman Utama

Tak Goyah Acara Sebelah Blackpink, Penganjur Konsert Malam Bulan Bintang Yakin Konsep Muzik Islam Kontemporari

Amri Hassan
26/01/2023
05:40 MYT
Penganjur konsert Malam Bulan Bintang dan pengasas jenama pakaian terkenal Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi yakin dengan acara yang akan berlangsung pada 4 Mac nanti!
Biarpun bertembung dengan dengan konsert Blackpink World Tour, Azzim percaya konsert bertemakan muzik Islamik kontemporari itu menampilkan sesuatu yang berbeza.
"Setiap tahun kami akan adakan sesuatu yang besar. Seperti contoh, tahun lepas kami muncul di papan iklan digital yang terpampang di persimpangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan ia menjadi bualan ramai.
“Tahun ini, kami mahu melakukan sesuatu yang dan berbeza. Jadi, timbul idea Malam Bulan Bintang menampilkan barisan artis popular tempatan dan antarabangsa. Kami pernah mempunyai pengalaman mengendalikan dua konsert menerusi jenama Hausboom Music sebelum ini.
“Tahun lalu, konsert yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang itu dihadiri oleh 13,000 pengunjung dan mendapat sambutan hangat.
"Jadi, untuk mengadakan konsert di Axiata Arena adalah satu cabaran yang perlu Bulan Bintang sahut. Kami mahu melakukan sebaik mungkin. Ia sangat mencabar tetapi bukan perkara yang kami perlu takutkan," katanya.
Konsert Malam Bulan Bintang akan menampilkan barisan artis terkemuka tanah air dan antarabangsa seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan dan Opick.
Konsert terbabit dijadualkan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil bermula jam 8 malam manakala, Blackpink World Tour akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari dan waktu yang sama.
Tambah Azzim, Malam Bulan Bintang bakal membawakan muzik Islamik kontemporari yang diiringi oleh band orkestra terkemuka ke halwa telinga penonton.
"Konsert ini menyasarkan audiens yang mempunyai gaya hidup moden dan urban, berumur sekitar 25 hingga 40 tahun. Malam Bulan Bintang akan dimeriahkan lagi dengan tempat duduk yang bersudut 360 darjah serta sistem bunyi 360 darjah.
"Ia bertujuan untuk memberikan penonton pengalaman bunyi yang berkualiti tinggi dan mengasyikkan. Sesi perkongsian Ramadan daripada penceramah undangan juga akan turut diselitkan di antara persembahan artis," katanya lagi.
Malam Bulan Bintang juga menjanjikan persembahan antarabangsa dan tempatan bertaraf dunia yang turut dimeriahkan dengan ensembel muzik orchestra yang diketuai oleh Chaan.
Tiket boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com.my dan harga tiket jualan bermula dari Early Bird (Silver): RM49, Silver: RM99, Gold: RM119, Platinum: RM149 dan VVIP: RM199
Ikuti @malambulanbintang dan @bulanbintanghq di semua platform media sosial untuk lihat perkembangan terkini mengenai konsert ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.