gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Aril Eles ‘Chill’ Kena Kecam - “Selagi Tak Menyentuh Perkara…”
HIBURAN
Tak Berkecil Hati, Ajai Doakan Konsert 4U2C Berjalan Lancar - “Industri Kita Kecil Jadi…”
HIBURAN
Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Isteri, Rela Hidup Sendiri Dari Kahwin Lain - “Sepanjang 16 Tahun Dengan Dia, Kami Tak Pernah Curang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Isteri, Rela Hidup Sendiri Dari Kahwin Lain - “Sepanjang 16 Tahun Dengan Dia, Kami Tak Pernah Curang…”

Mya Amri
Mya Amri
06/07/2025
21:50 MYT
Sponsor Banner
Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Isteri, Rela Hidup Sendiri Dari Kahwin Lain - “Sepanjang 16 Tahun Dengan Dia, Kami Tak Pernah Curang…”
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura belum terbuka hati untuk mengenali wanita atau mencari pengganti arwah isteri tersayang, Akiko Okumura.

Setia dengan arwah isteri, tak mahu kahwin kali kedua

Menurut Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, dia tidak berniat untuk mendirikan rumah tangga untuk kali kedua buat masa ini.
Tegasnya lagi, keputusan itu diambil atas dasar cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap arwah isterinya, Akiko.

“Lelaki lagi susah nak move on. Setiap doa saya, saya berkata, ‘Ya Allah tutuplah nafsu saya dengan manusia, saya tak mahu kahwin lagi.’ “Cukuplah saya dengan arwah Akiko sebab dia adalah perempuan yang membahagiakan saya, dari dia hidup sehinggalah dia meninggal dunia. Saya cuma mahu dia sahaja,” tegasnya.

Ridzo berkata demikian dalam satu temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini.

Tak pernah curang

Jelas Ridzo lagi, jika dia memilih untuk berkahwin lain, itu seolah-olah dia berlaku curang terhadap kenangan cinta mereka sepanjang berkahwin.

“Misal kata suatu hari nanti saya kahwin lain, itu bermakna saya curang dengan dia. “Sepanjang 16 tahun dengan dia, kami tak pernah curang jadi sampai mati pun begitu.

“Saya rela hidup seorang diri daripada kahwin lain. Saya setia pada yang satu sampai akhir hayat,” ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by NONA (@majalahnona)
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura.
Topic Berkaitan
#Setia
#Ridzokumura
#Tak Curang
#Akiko Okumura
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement