RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Aril Eles ‘Chill’ Kena Kecam - “Selagi Tak Menyentuh Perkara…”
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Aril Eles akui terbuka untuk menerima sebarang komen netizen sejak mula melibatkan diri dalam dunia media sosial.
Menurut Aril, dia sedar apabila sudah menjadi perhatian ramai dirinya perlu bersedia dengan segala kemungkinan termasuk kritikan.
“Bila kita dah berada di hadapan orang ramai, saya pegang satu je komen positif atau negatif kita kena terima. Kita memang tiada kuasa untuk kawal benda tu sebenarnya, jadi saya tak boleh mengharapkan yang positif sahaja sepanjang masa pasti ada negatifnya juga.
“Selagi komen itu tidak melampau saya okay sahaja dan tak akan bawa perkara tersebut sehingga menggangu emosi saya,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Aril mengakui ada segelintir komen yang cukup ‘menusuk’ hingga meninggalkan kesan terutamanya apabila melibatkan bentuk fizikal atau rupa paras.
Namun menurut Aril, dia enggan melayan komen-komen negatif yang selalunya datang daripada ‘fake account’.
“Komen yang paling sakit apabila ada yang body shaminglah sebab kita post tentang nyanyian tapi mereka komen perkara yang tiada kaitan dengan apa yang kita post. Kadang-kadang terasa juga dengan komen itu.
“Sejujurnya bila baca komen itu untuk pertama kali saya memang ada rasa untuk balas tapi saya fikir ia akan buat perkara itu tiada noktah. Saya kena kecam ini bukan baru-baru sahaja sejak awal main tiktok saya dah pernah kena. Selagi tak menyentuh perkara peribadi saya okay sahaja, saya ambil benda itu sebagai satu perkara yang positif untuk saya pergi lebih jauh,” Tambahnya.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video