HIBURAN
Tak Beraya Syawal Pertama, Haqiem Rusli Angkut Keluarga Sekali Pergi Kerja - “Mahu Tak Mahu Ia Adalah…”
Tidak menyambut syawal di kampung halaman bukanlah satu perkara yang janggal buat penyanyi, Haqiem Rusli.
Menurut pelantun lagu Sangkar Derita itu, kebiasaannya setiap kali Aidilfitri tiba dia akan menerima undangan untuk membuat persembahan di rumah terbuka.
Bagi Haqiem, setiap undangan yang diterima adalah rezeki sebagai anak seni dan dia tidak merasa ralat menghabiskan sebahagian hari rayanya dengan bekerja.
“Raya pertama dan kedua kadang-kadang ada buat persembahan untuk open house, jadi mahu tak mahu ia adalah hasil pencarian saya. Tapi vibe raya itu masih lagi dapat dirasai sebab kita buat persembahan dekat open house.
“Dan saya juga bawa keluarga saya dan isteri untuk sama-sama bercuti di sana maka vibe raya itu masih ada untuk kami. Dulu pernah ada job juga pada hari raya pertama, jadi keluarga ikut saya pergi dekat show tu selepas itu baru balik kampung di Hulu Langat,” katanya.
Pada masa sama, Haqiem juga meluahkan rasa syukur kerana keluarganya sangat memahami dan sentiasa menyokong kerjanya sebagai seorang penyanyi.
“Sebab itu rezeki jadi mak ayah saya okay sahaja, isteri saya pun begitu dia seorang isteri yang baik asalkan saya pergi mencari rezeki,” tambahnya.
Dalam soal giliran beraya di kampung pula, Haqiem tidak melihatnya sebagai satu masalah besar.
Jelas Haqiem, dia dan isterinya, Wan Anis Sofea selalunya akan berbincang mengenai perkara tersebut dan akan membahagikan masa sebaiknya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
“Kami tiada masalah pengiliran sebenarnya, sebab apa-apa pun kami akan berbincang dahulu. Kalau kami rasa nak pergi bercuti kami pergi bercuti kalau nak balik Kelantan jadi kami akan pulang ke Kelantan selama tiga hari selepas tu balik pula kampung saya,” ujarnya
Must-Watch Video