,
Laman Utama

Tajuk Lagu Ngamsoi? Bael0n Mahu Orang Tertanya-Tanya Apa Pula Maksudnya? Adakah….

Asraf Aided
18/11/2021
11:29 MYT
Semakin aktif melakar nama sebagai penyanyi, Bael0n nampaknya semakin selesa dengan hala tuju muziknya. Dikenali dengan personaliti riang dan bersahaja, pemilihan corak lagu santai tepat untuknya.
Justeru, Bael0n kini tampil dengan lagu 'catchy' terbaru berjudul Ngamsoi.
Mendengar pada tajuknya, mungkin ramai yang tertanya maksud di sebalik lagu itu.
Menurut Bael0n, dia memang sengaja tampil dengan judul yang mampu menarik perhatian pendengar. Baginya, percaturan itu tepat menggambarkan dirinya yang sentiasa tampil unik dan tersendiri.
“Perkataan Ngamsoi itu diambil daripada slang yang selalu masyarakat guna untuk ekspresi setuju atau mengiyakan sesuatu. Ngam atau Ngamsoi ini, kita selalu dengar penggunannya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina.
“Sebab utama saya memilih judul ini adalah kerana mahukan orang tertanya-tanya kenapa lagu judulnya Ngamsoi. Manakala dalam lirik pun saya berulang sebut Ngamsoi kerana senanglah diingati setiap pendengar,” katanya.
Meskipun lagunya kedengaran santai, tidak bermakna Bael0n mahu pengisian liriknya tidak penting. Menurutnya, mesej yang disampaikan memang kedengaran merapu namun terjadi setiap hari dalam kehidupan ramai.
“Cerita di sebalik lagu ini secara asasnya mengenai seseorang menjalani hari yang cukup panas dan kemudian pergi membeli kopi ais. Tiba-tiba terjumpa dengan seseorang yang dia suka. Situasi minum kopi ais dan berjumpa individu itu memang ‘ngamsoi’.
“Kalau daripada segi mesej utamanya pula, saya mahu memujuk pendengar agar berani luahkan perasaan terhadap orang yang disukai. Kalau misalnya, mereka memang suka sama suka, tunggu apa lagi, jalinkan hubungan serius,” katanya.
Tampil dengan konsep nyanyian hip hop untuk beberapa lagu terdahulunya, kali ini Bael0n beranikan diri untuk tunjuk sisi lain vokalnya. Misinya tidak lain untuk terus mencabar kemampuan dan berharap Ngamsoi berjaya menghiburkan ramai.
“Dua lagu terdahulu saya lebih ke arah genra rap yang ringan. Kali ini, saya ingin buktikan kemampuan vokal menyanyi saya pula kerana sebolehnya saya enggan kekal dalam sebuah genre semata-mata.
“Saya juga tetap tampilkan lagu santai kali ini kerana mahu hiburkan pendengar dengan melodi yang ringan. Kita semua sudah berdepan masa sukar bersama, maka diharapkan lagu saya ini mampu riangkan serta mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.
Terdahulu, Bael0n sudah melancarkan dua lagu iaitu Cek Mek Molek dan Rindu yang diberi nafas baharu nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Amelina. Bael0n juga turut ditampilkan dalam kempen It Starts on TikTok tidak lama dulu.
Ngamsoi boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.