gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kritik Penampilan Puteri Balqis, Pengurus ‘Naik Angin’- “Kepada B*tina Pengumpat, Pengeji…”
VIRAL
Jofliam Jawab Dakwaan Pizza Lembik, Nafi Jadi Punca Keracunan Makanan - “Dari Cari Cara Kotor, Cuba Fikir Macam Mana Nak Kalahkan Dough Saya”
VIRAL
Aiman Tak Kesah Tunjuk Bukti Keputusan ‘Urine Test’, Kurang Ilmu Agama Punca Lafaz Cerai Terhadap Siti Jamumall - “Saya Tak Boleh Kawal…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Tahniah! Pocket Rocket Man, Azizulhasni & Lima Doktor Dikurnia Gelaran Datuk

gempak
Gempak
18/07/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
Tahniah! Pocket Rocket Man, Azizulhasni & Lima Doktor Dikurnia Gelaran Datuk
Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk.
Darjah Kebesaran D.P.M.T turut diberikan kepada lima doktor termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus.
Menurut kenyataan Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut, pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkuatkuasa mulai semalam.
Dalam pada itu, Sultan Terengganu juga berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran D.P.M.T itu kepada empat lagi individu iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Azri Sani Mazlan, Pengerusi Eksekutif Hours Intertrade (M) Sdn Bhd, Md Nor Ismail, Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Mohamad Zahari Harun serta Pengarah Urusan Arup Jururunding Sdn Bhd, Ir Wan Anuar Wan Endut.
Sultan Mizan turut mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) kepada empat lagi doktor iaitu Pakar Patologi HSNZ, Dr Fatimah Haslina Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Azmani Wahab, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr Saifur Rahman Muhammad dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu, Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali juga dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Difahamkan, Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Hasil tinjauan Gempak di akaun Instagram Azizul, beliau berkongsi potongan surah AR-Rahman yang menggambarkan rasa syukurnya.
Ruangan komen posting itu dihujani ucapan tahniah daripada warganet.
View this post on Instagram
A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)
Dalam perkembangan lain, Azizulhasni, 33, bakal mewakili Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo yang akan membuka tirai 23 Julai ini.
Terdahulu, Azizulhasni bersama seorang lagi pelumba negara Mohd Shah Firdaus Sahrom layak dalam acara keirin dan pecut individu secara merit di Tokyo 2020.
Di Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni melakar sejarah sebagai pelumba basikal pertama untuk meraih pingat di Olimpik, selepas memenangi pingat gangsa menerusi acara keirin.
Semoga Pocket Rocketman membawa pulang kilauan emas Sukan Olimpik dari Tokyo!
Sumber: BERNAMA Foto: AWANI
Topic Berkaitan
#Gelaran Datuk
#Tokyo
#2021
#AzizulHasni
#Pelumba Basikal
Must-Watch Video