,
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 100KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

Awani
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.

Tamat misi larian

Ahli Parlimen Muar itu tiba di Parlimen kira-kira pukul 9.30 pagi ini selepas menamatkan misi larian solonya sejauh 200 kilometer.
Beliau membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.
"Ini merupakan gerakan untuk menuntut keadilan bagi peruntukan kawasan Parlimen pembangkang yang dinafikan sekian lama.

"Ini bukan satu desakan tetapi berdasarkan kepada prinsip keadilan, tidak agama, bangsa atau sokongan politik.

"Bantuan peruntukan perlu disalurkan kepada semua tidak kira kawasan pembangkang atau sebaliknya," katanya selepas menamatkan misi Langkah Muar di luar Parlimen pada Isnin.

BERITA TRENDING: "Lagi 80KM, Paling Mencabar Dah Tak Rasa Kaki" - Syed Saddiq

BERITA TRENDING: Misi Langkah Muar: Syed Saddiq Raih RM55,000 Dalam Masa 24 Jam!

BERITA TRENDING: Syed Saddiq Dedah Sebab Takut Nak Bercinta Di Zaman Sekolah

BERITA TRENDING: "Kesabaran Akan Bawa Ketenangan" - Syed Saddiq Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah

BERITA TRENDING: Syed Saddiq Didapati Bersalah Cuci Duit, Pecah Amanah & Salah Guna Harta

Terdahulu, inisiatif larian itu adalah sebagai salah satu cara untuk menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.
Objektif utama larian itu adalah bagi menuntut peruntukan Ahli Parlimen RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal.
Selain itu, larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 bagi Pusat Khidmat Muar yang diperlukan supaya ia dapat kekal beroperasi, sekali gus membantu rakyat yang memerlukan.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'

gempak
01/09/2024
06:31 MYT
Guru mengaji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, pada Ahad, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat, bulan lalu.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Botswana Cuti Separuh Hari Rai Kemenangan Pingat Emas Sulung Hadiah Dari Letsile Tebogo

gempak
10/08/2024
12:30 MYT
Botswana mengisytiharkan cuti umum setengah hari untuk meraikan pingat emas Olimpik pertamanya berikutan kemenangan Letsile Tebogo dalam acara pecut 200m akhir lelaki dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Berita

Pelajar Tingkatan 2 Hamil Dirogol Sepupu Ketika Hari Keluarga

gempak
29/07/2024
07:34 MYT
Seorang lelaki yang disiasat berkaitan kes rogol sepupunya sehingga hamil lapan bulan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar, Johor atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama, di sebuah rumah di Kluang, bulan lalu.
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Viral

"Lagi 80KM, Paling Mencabar Dah Tak Rasa Kaki" - Syed Saddiq

gempak
30/06/2024
05:40 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan 'Larian Muar' di sini dengan berbaki 80 kilometer (km) sebelum sampai di Parlimen.