gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pendakwah Selebriti Amang Seksual Remaja Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa - Polis
HIBURAN
Sharifah Shahirah Syukur Adik Temui Bahagia, Terima Baik Kehadiran Keluarga Baru - “Bagi Saya Dia Seorang Yang…”
HIBURAN
“Saya Bukan Kejar Duit Tapi…” - Dharma Harun Syukur Diberi Peluang Kembali Berlakon
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Polis Serbu Pesta G*y Di Kelantan, Rampas Ubat HIV & Kondom

Gempak
Gempak
17/07/2025
04:29 MYT
Sponsor Banner
Polis Serbu Pesta G*y Di Kelantan, Rampas Ubat HIV & Kondom
Perjumpaan makan-makan kumpulan LGBT di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin, Kelantan, yang dipercayai disertai hampir 100 lelaki diserbu polis.
Serbuan yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu itu turut membawa kepada rampasan ratusan kondom dan ubat HIV.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, ketika serbuan dilakukan, puluhan lelaki sudah pulang dan hanya 20 ditahan.
"Kita mendapat maklumat kumpulan gay menyewa sebuah banglo untuk acara makan-makan dan hasil risikan, pertemuan itu dihadiri hampir 100 orang.
"Namun ketika serbuan dilakukan sebahagian besar sudah pulang dan terdapat 20 lelaki ditahan. Kita turut merampas ubat HIV dan kondom.
"Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk hubungan terlarang berhubung penemuan kondom dan ubat HIV, namun aktiviti itu belum lagi dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis di sini, hari ini.
Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap 20 lelaki yang ditahan, mereka mengaku sebagai penghidap HIV dan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang berminat.
"Daripada 20 lelaki berkenaan, tiga daripadanya kita berjaya tuduh di mahkamah memandangkan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.
"Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan. Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta," katanya.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan menjalankan risikan lanjut berhubung sejauh mana aktiviti itu berlaku di negeri ini.
"Kita tidak tahu sejauh mana serius kes ini di Kelantan memandangkan ini adalah kes yang pertama. Namun kita akan pertingkatkan risikan lanjut bagi mengekang kegiatan itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Homoseksual
#Banglo
#Kelantan
#Polis
#HIV
#Kondom
#Pesta
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement