gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sharifah Shahirah Syukur Adik Temui Bahagia, Terima Baik Kehadiran Keluarga Baru - “Bagi Saya Dia Seorang Yang…”
HIBURAN
“Saya Bukan Kejar Duit Tapi…” - Dharma Harun Syukur Diberi Peluang Kembali Berlakon
HIBURAN
“Girl Tak Bersalah Di Sini” – Alya Iman Nafi Jadi Punca Rumah Tangga Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Goyah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kongsi Pengalaman Buat Pementasan Teater, Ifa Raziah Tiba-Tiba Dirasuk - “Tadi Seru Nama Saya Kan…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
17/07/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Pengalaman Buat Pementasan Teater, Ifa Raziah Tiba-Tiba Dirasuk - “Tadi Seru Nama Saya Kan…”
Pelakon Datuk Ifa Raziah didakwa secara tiba-tiba dirasuk oleh watak yang pernah dipegangnya iaitu Zuraidah ketika pementasan teater ‘Bila Bulan Selalu Retak’ pada suatu ketika dahulu.

Pengalaman pementasan teater

Menerusi podcast Sembang Seram, Ifa berkongsi mengenai pengalaman dia berlakon dalam pementasan karya agung Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sebelum dirinya dirasuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan Darah Tak Stabil, Ifa Raziah Pengsan Pukul 1 Pagi - “Terlalu Penat Mencari Rezeki…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ifa Raziah Tak Kisah Ada Pihak Pandang Rendah Kebolehan Uruskan Starvendors - “Saya Dah Berapa Tahun Buat, Gagah Sahaja…”

“Saya aktif teater Selangor. Pementasan karya agung… Sasterawan Negara kita, Datuk A. Samad Said. Ini kisah benarlah. Tajuk dia adalah ‘Bila Bulan Selalu Retak’.
“Kisah benar mengisahkan kehidupan di Singapura zaman itu. Saya watak utama, sebagai Zuraidah. Sebelum kita nak mulakan penceritaan itu, kita akan buka gelanggang.

“Kita akan mula baca bismillah, sedekahkan Al-Fatihah, selawat, duduk keliling buka gelanggang. Kena masukkan roh watak dalam diri.

“Pejamkan mata, kena lepaskan nafas, berada dalam dunia yang lain, bukan dunia sekarang… ibarat macam itu,” kongsinya.

Dirasuk Zuraidah

Sedang dalam bercerita, Ifa bagaimanapun secara tiba-tiba berubah menjadi Zuraidah dan menceritakan semula mengenai kisahnya.
“Dalam saya mencari siapa Zuraidah ini… itu dia mai dah (dia datang). Zuraidah, Assalammulaikum. Kak kena minta izin dia dulu.

“Assalammulaikum. Saya Zuraidah. hmm Siapa? Tadi seru nama saya kan, ha saya dah datang dah. Alhamdulillah, saya masih lagi di sini. Dia kisah benar mengenai diri saya dan adik saya.

“Masa itu saya di Singapura. Saya ada seorang adik nama Falil, saya sayang adik saya. Jadi, saya suka dengan, ada dekat dia (Ifa Raziah), sangat baik dan jujur,” katanya.
Bagaimanapun selepas itu, Ifa secara tiba-tiba pengsan dan dikejutkan semula oleh suaminya, iaitu Mohd Yani Abdul Rahman.
@sembangseram Apa pun yg terjadi, moga kak Ifa Raziah dalam keadaan baik & sentiasa dilindungiNya ❤️ #ifaraziah #sembangseram #podcast #safwannazri #seram ♬ original sound - sembangseram
Topic Berkaitan
#Ifa Raziah
#Teater
#A Samad Said
#Di Mana Bulan Selalu Retak
#Pementasan teater
#Zuraidah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement