,
Terkini

Syafiq Kyle Bergandingan Dengan Liyana Jasmay Dalam Tolong Saya Encik Dinosaur

Kamaruddin Razal
10/01/2020
10:01 MYT
Pelakon Syafiq Kyle dan Liyana Jasmay bergandingan dalam telefilem yang menghiasi slot Citra Eksklusif, Tolong Saya Encik Dinosaur.
Telefilem terbitan Mermaid Studios ini juga mendapat sentuhan Liyana sendiri yang duduk di kerusi sutradara.
Tolong Saya Encik Dinosaur merupakan sebuah telefilem komedi romantik yang mengisahkan mengenai Elly (Liyana Jasmay), seorang gadis yang baru kehilangan kedua ibu bapanya.
Dia membuat keputusan untuk melarikan diri ke sebuah pekan kecil untuk melupakan segala-galanya dan bekerja di sebuah kedai buku.
Karl (Syafiq Kyle) dilahirkan dan dibesarkan di pekan kecil itu dan kehadiran Elly dari bandar besar adalah sesuatu yang menarik bagi Karl dan dia cuba menarik perhatiannya.
Karl cuba untuk membawa keseronokan ke dalam hidup Elly namun reaksi Elly tidak seperti yang disangka.
Mampukah Elly keluar dari depresi dengan bantuan Karl, yang mencuba pelbagai cara untuk menghiburkan hati Elly dengan memakai kostum Harry Potter, dinosaur, dan sebagainya?
Jangan lupa saksikan telefilem Tolong Saya Encik Dinosaur yang bersiaran Sabtu ini, jam 9 malam, hanya di Astro Citra (saluran 132) dan Citra HD (saluran 126).
Gunakan hashtag #TolongSayaEncikDinosaur untuk berinteraksi mengenai telefilem ini di laman sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video