,
Berita

Suspek Kes Pembunuhan 3 Sekeluarga Ditahan Akan Direman Pagi Ini

Gempak
14/08/2024
03:40 MYT
Selepas hampir seminggu diburu, suspek kes bunuh dan bakar rumah yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor, Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.
Suspek berusia 48 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar, pagi ini, untuk permohonan reman.
Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang terkorban ialah warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82: isterinya, Ara Abd Hamid, 76: dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.
Noradriana selamat dikebumikan pada Sabtu lalu, manakala jenazah datuk dan neneknya masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.

BERITA TRENDING: Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”

BERITA TRENDING: Dituduh Ganggu Rumah Tangga Orang, Ini Respons Zara Zya!

BERITA TRENDING: Kehidupan Liana Beep Beep Terganggu Sebab Isu Syedot Asmr, Anggap Komen Netizen Seperti Pisau Tajam - “Perkataan Lucah, Maki-Makian…”

BERITA TRENDING: Penyewa ‘Naik Hantu’ Kucing Oyen Peliharaan Disembelih, Dimakan Tuan Rumah Untuk Ubati Diabetes!

Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut, namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh. Ia susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang didapati ada unsur jenayah.
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

"Suspek ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini," katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung penangkapan suspek dalam masa terdekat.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.