,
Laman Utama

Surau Siap Dibina Sempena Ramadan, Netizen Puji Ruang Solat Rumah Tokti Lawa!

Azwa Rahman
12/04/2021
13:15 MYT
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila sebuah surau siap dibina di dalam rumahnya sempena menyambut bulan Ramadan.
Menerusi laman sosial Instagram, Siti atau lebih mesra disapa Tokti berkongsi dekorasi indah surau yang siap dibina untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah, semuanya siap untuk menyambut Ramadan nanti. Terima kasih buat @lenteracrestivehome dan @boss7group yang bergabung untuk siapkan surau di rumah saya. Semoga Allah limpahkan rezeki buat kalian. Hasil kerja yang teliti dan memuaskan hati,” tulis Tokti di ruangan kapsyen.
Malah, Tokti turut berkongsi kebaikan membina sebuah surau tidak kira bersaiz besar ataupun kecil akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
“Al-Hafiz Ibn Hajr al-Asqalani dalam kitabnya menyebut ganjaran membina masjid itu akan diterima oleh pembuatnya sekalipun ia sangat kecil.
“Sekecil manapun sumbangan kita dalam membina masjid itu tetap diperkirakan oleh Allah ganjarannya. Subhanallah, demikian perhatian dan kemurahan Allah terhadap orang yang melibatkan diri dalam pembinaan masjid,” kongsi Tokti lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji tindakan Tokti menyediakan sebuah surau di dalam rumah untuk kegunaan penghuninya.
Tidak hanya itu, ramai juga yang memasang impian dan mengambil inspirasi untuk membina sebuah surau di dalam rumah masing-masing.
Cantiknya! Suka tengok surau macam ni,” puji seorang wargamaya.
Semoga satu hari nanti aku pun akan ada rumah sendiri, ada ruang solat sendiri untuk mengadu dan bercerita pada Allah,” komen seorang wargamaya.
Senang nak solat berjemaah, beribadat bersama keluarga, ruang yang luas,” kata seorang wargamaya.
Seronoknya ada tempat solat yang selesa,” ujar seorang wargamaya.
Alhamdulillah cantik, teringin nak ada surau dalam rumah sendiri,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian surau tersebut telah meraih hampir 75,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.