RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Juara Milik Didie Shazry, Bawa Pulang Wang Tunai RM30,000
Pentas Raise The Star Malaysia (RTSMY) melabuhkan tirai dengan menyaksikan Didie Shazry dinobatkan sebagai juara.
Hasil kemenangan tersebut Didie berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebuah trofi dan single ciptaan Aina Abdul berjudul Peganglah Hati.
Tempat kedua disandang oleh Zuana yang membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala Rayme berada di tempat ketiga membawa pulang RM10,000, sebuah lagu dan trofi.
Sementara itu, Hariz Fayahet memenangi tempat keempat disusuli Keka di tempat kelima dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi serta sebuah lagu baharu.
Berikut merupakan senarai lagu ciptaan lima komposer dan penyanyi:
Ajai - Hantaran Cinta dinyanyikan oleh Zuana
Audi Mok - Gergasi dinyanyikan oleh Rayme
Shila Amzah - Cinta Dusta dinyanyikan oleh Keka
Aina Abdul - Peganglah Hati dinyanyikan oleh Didie Shazry
Ikhwan Fatana - Lara Bertahan dinyanyikan oleh Hariz Fayahet
Pasya tidak pula dengan tangan kosong apabila dinobatkan sebagai pemenang U Mobile Unbeatable Star dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.
Zury juga berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire untuk minggu akhir.
Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Tomok.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video