VIRAL
Bekas Peserta MasterChef Mexico, Model OnlyFans, Yanin Campos Maut Kemalangan
Bekas peserta program realiti masakan MasterChef Mexico, Yanin Rocio Campos Ruiz dilaporkan meninggal dunia pada usia 38 tahun selepas terlibat dalam kemalangan di kampung halamannya, di Chihuahua.
Campos yang juga model dan pencipta kandungan OnlyFans menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari bertarung nyawa di Hospital Christus Muguerza del Parque.
Wanita yang juga mengacarakan beberapa program masakan popular termasuk La Tertulia itu dilaporkan memandu kereta jenis SUV sebelum melanggar sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan pada 2 Ogos lalu, lapor AOL.
Ahli keluarganya menyampaikan berita kematian Campos di media sosial dengan mengatakan: “Untuk pengetahuan semua, kami sangat berduka cita kerana telah kehilangan Yanin Campos.”
Pihak berkuasa tempatan masih menjalankan siasatan mengenai kemalangan tersebut termasuk had laju yang dipandu mangsa ketika kejadian.
Selain terkenal selepas menyertai MasterChef Mexico pada 2018, Campos juga memiliki lebih 100,000 pengikut di TikTok dan 75,000 di Instagram. Dia selalu membikin konten tentang masakan yang disampaikan dengan gaya santai.
Must-Watch Video