,
Berita

SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pembunuh Arwah Zulfarhan, Anggap Bukan Penyelesaian Adil

Gempak
25/07/2024
14:25 MYT
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati

Menurut laporan Sinar Harian, meskipun bersama keluarga mangsa dalam memahami kesedihan dan mengakui seriusnya jenayah itu, namun ia berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian adil atau berkesan.

"Atas dasar itu, Suhakam meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.

"Gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.
"Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Detik Hitam Kehakiman Negara

Suhakam berkata, keputusan mahkamah rayuan itu menandakan detik menyedihkan dan penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.
"Dalam konteks ini, penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.
"Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas terbabit tetapi juga membantu mencegah kejadian sama pada masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.

"Komitmen kami terhadap hak asasi manusia memberi mandat buat kami menyokong pemansuhan hukuman mati," katanya.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.
Mahkamah sebulat suara memutuskan bahawa hanya satu hukuman yang wajar dijatuhkan terhadap tertuduh yang mana mereka hendaklah dibawa ke suatu tempat penggantungan dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Katanya, mahkamah memutuskan rayuan pendakwaan terhadap hukuman 18 tahun penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi sebelum ini diketepikan dan digantikan dengan hukuman gantung sampai mati, manakala rayuan balas tertuduh terhadap hukuman ditolak.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 November 2021 mendapati semua tertuduh bersalah dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, dan mengenakan hukuman 18 tahun penjara.

ARTIKEL BERKAITAN: "Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: "Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: "Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 Hari Diseksa Beramai-Ramai, 6 Tertuduh Dihukum Ke Tali Gantung, Ini Kronologi Kes Zulfarhan…

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Allah SWT Kerana Telah Memakbulkan Doa Kami” – Bapa Zulfarhan

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.