RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Anak Saudara Semakin Menyerlah, Sheila Abdull Bangga Dengan Prestasi Darling - “Harap Dia Dapat…”
Ibu saudara kepada bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Darling iaitu penyanyi Sheila Abdull meluahkan rasa bangga terhadap prestasi anak saudaranya itu yang semakin menyerlah setiap minggu.Menurut Sheila, pertandingan seperti RTSMY bukanlah pentas biasa kerana peserta bukan sahaja dinilai oleh juri profesional malah menjadi tontonan seluruh rakyat Malaysia, sekali gus mewujudkan tekanan besar buat setiap peserta.
“Apa yang saya nampak dia punya improvement setiap minggu. Sebab pertandingan ini tak macam menyanyi dekat luar sana, dekat sini tekanan dia kuat sama seperti saya di Gegar Vaganza dulu.
“Sebab tu saya sentiasa datang untuk memberi sokongan kepadanya dan berharap dia dapat menjejakkan kaki sampai ke pentas akhir,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Mungkinkah itu turut berkongsi bahawa Darling sering merujuknya untuk mendapatkan idea untuk persembahannya setipa minggu.
Bagaimanapun, jelas Sheila tidak semua cadangan digunakan oleh Darling memandangkan anak-anak muda pada masa kini juga mempunyai idea mereka yang tersendiri.
“Boleh kata setiap minggu, apa-apa keputusan pun dia akan refer juga kat kita. Tapi kita kena sedar lah, budak-budak muda kan mesti ada idea sendiri.
“Kadang-kadang kita bagi pandangan, dia dengar dan angguk tapi bila tengok hasilnya, dia buat ikut style dia juga. Selagi benda tu tak menjejaskan result atau keseluruhan persembahan dia, saya rasa itu satu langkah yang bagus.
“Dia orang baru, Sheila pula orang lama. Kadang idea kita mungkin dah tak sesuai dengan zaman dia. Jadi bila dia ada idea sendiri, Sheila rasa itu perkara yang baik. Budak-budak muda sekarang ni lagi kreatif,” tambahnya.
Must-Watch Video