gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Persaingan Semakin Sengit! Bintang Mana Yang Akan Pulang? Jom Semak Lagu Minggu Suku Akhir
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sufian, Mas Idayu Sah Bercerai 4 Mac Lalu - “Saya Anggap Kami Tiada Jodoh”

Gempak
Gempak
05/05/2025
12:02 MYT
Sponsor Banner
Sufian, Mas Idayu Sah Bercerai 4 Mac Lalu - “Saya Anggap Kami Tiada Jodoh”
Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 54, dan penyanyi dangdut, Mas Idayu, 53, dilaporkan sudah bercerai pada 4 Mac lalu.

Anggap tiada jodoh

Berita itu disahkan oleh Sufian dan menurutnya ikatan perkahwinan hampir tiga tahun dibina itu terlerai di Mahkamah Syariah Shah Alam yang disifatkannya sebagai tiada jodoh lagi antara mereka.

"Memang betullah gosip itu. Kami dah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja."Bagaimanapun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Tapi, jodoh kami nampaknya sampai di sini saja dan saya positif menerima takdir yang sudah ditetapkan ini.

"Pada usia saya yang sudah tua ini, nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Bagi saya, memang jodoh kami sampai di sini saja," katanya.

Berpisah cara baik

Menurut Sufian, dia juga sedar tiada pasangan yang berkahwin mahu bercerai, tetapi urusan jodoh ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa dan sebagai hamba-Nya, kita harus terima dengan reda.

"Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan dia dalam program dijalankan stesen TV. Kami pun berpisah secara baik."Setakat ini, hubungan antara kami pun masih tetap baik walaupun sekarang sudah bercerai. Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program," katanya.

Sufian dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada September 2022 yang juga perkahwinan kali kedua masing-masing.
Mereka difahamkan sudah mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008, namun semakin rapat pada 2021 yang membawa pada pernikahan.
Sebelum itu, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon, Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.
Sufian juga pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya dan turut berakhir dengan perceraian. Mereka juga memperoleh seorang cahaya mata.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#cerai
#Mas Idayu
#Bercerai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement