HIBURAN
AC Mizal Umum Konsert Last 4U2C? - “Tak Payah Susah Susah Nak Kutuk, Kami Lakukan Ini Buat Kali Terakhir”
Anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal berharap orang ramai dapat menghentikan tohmahan berkenaan dengan penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live in Concert’ yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Bakal jadi konsert terakhir?
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, AC memaklumkan konsert tersebut bakal menjadi persembahan terakhir mereka selepas lebih 30 tahun bersama dalam industri muzik.“Ini yang terakhir, selepas ini kami semua akan teruskan dengan kerja dan kehidupan masing-masing,” tulisnya.“Tak payah marah marah, tak payah susah susah kutuk. Kami akan lakukan (konsert) ini buat kali terakhir. “Kami berlatih tiga jam setiap hari untuk tiga bulan hanya untuk cipta kenangan buat anda semua. Insya-Allah, lepas ini dah tak ada 4U2C, jadi ‘chill’ okay.
Ucap terima kasih
Dalam hantaran yang sama, AC juga turut mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara mahupun tidak langsung dalam penganjuran konsert berkenaan.“Memang sedih untuk umumkan tetapi ini adalah konsert terakhir kami,” coretnya“Terima kasih KRU kerana membuka ruang untuk kami melakukan konsert dan juga AtoZ Res2 dan Msteen kerana terlibat bersama kami.“Paling penting terima kasih kepada 4U2C untuk konsert terakhir kita bersama. Banyak cabaran dan dugaan untuk konsert ini, untuk kali terakhir kita lakukan yang terbaik.
Terdahulu, penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’ menjadi bualan hangat apabila bekas pengurus iaitu Man Senoi mendakwa kumpulan itu tidak boleh mengadakan konsert selepas terpalit isu mengenai hak cipta serta pemilikan lagu.
4U2C kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dan meminta Man Senoi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sekadar info, konset ‘WE 4U2C Live In Concert’ bakal berlangsung pada 15 September ini bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya
Must-Watch Video