HIBURAN
Sudah Ada 5 Anak, Ronaldo & Georgina Rodriguez Baru Bertunang
Pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya melamar Georgina Rodriguez sebagai tunangnya.
Berita pertunangan tersebut dikongsikan Rodriguez menerusi foto jari manisnya tersarung cincin berlian besar ‘bersama’ tangan Ronaldo.
Pada kapsyen, wanita berusia 31 tahun itu menyampaikan khabar gembira.
“Ya, saya setuju. Dan di sini semua kehidupan saya,” tulisnya seperti dilaporkan CNN.
Meski belum ada pengesahan rasmi, pakar meramalkan cincin pertunangan berlian tersebut mencecah nilai RM21 juta.
Ironi, Ronaldo, 40, sudah menjalin hubungan dengan Rodriguez selama sembilan tahun.
Sepanjang bersama, Rodriguez sudah melahirkan dua anak perempuan pemain bola itu iaitu Alana, 7, dan Bella, 3 tahun.
Pasangan tersebut juga sempat kehilangan anak lelaki kembar yang dilahirkan pada tahun 2022.
Rodriguez malah membesarkan tiga anak Ronaldo daripada wanita berbeza termasuk Cristiano Ronaldo Jr, Eva dan Mateo.
Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu pertama kali bertemu Rodriguez sewaktu dia bekerja di bukti Gucci di Madrid, Sepanyol pada tahun 2016.
Ronaldo kini bermain untuk kelab Al Nassr di Saudi Pro League sehingga 2027.
Must-Watch Video