gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Koleksi Emas Eksklusif HABIB X Didi & Friends Didik Anak Menabung Sejak Kecil
HIBURAN
Kes Cerai Nora Ariffin & Suami Dibawa Ke Proses Hakam – “Kuasa Talak Bukan Pada Wanita”
HIBURAN
"Ada Yang Sanggup Berjaga Malam, Nak Jadi Pertama Yang ..." - Meerqeen Tak Sangka Thariq Ridzuwan: His Treasure Cipta Fenomena!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Suami Atikah Suhaime Tak Kisah Pakai Baju Murah, Jawab Dakwaan Kata Nanti Badan Gatal - “Awak Orang Kaya Baru Kot?”

Mya Amri
Mya Amri
11/08/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Atikah Suhaime Tak Kisah Pakai Baju Murah, Jawab Dakwaan Kata Nanti Badan Gatal - “Awak Orang Kaya Baru Kot?”
Suami kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh tampil memberi respon terhadap segelintir pihak yang mempertikaikan pilihannya membeli pakaian murah secara atas talian.

Tak kisah baju murah beli online

Menerusi hantaran di platform Threads, Lokman menjelaskan tidak perlu malu untuk membeli dan memakai pakaian murah atau tidak berjenama asalkan selesa.
“Ada orang tanya saya, boss beli baju dekat online barang murah kenapa? Tak malu ke?
“Pertama sekali saya boikot barangan berjenama. Apa yang saya dah beli sebelum ini, saya pakai tetapi saya tidak akan memberi sokongan sehinggalah perang tamat.

“Kedua kenapa saya patut malu. Baju tetap tak kira murah ke mahal masih lagi baju. Tapi awak cakap oh barang murah nanti badan gatal sebab kain tak elok. “Awak orang kaya baru kot haha. Saya pakai murah ke mahal ke sama. Kenapa ada branded atau harga untuk buat diri confident.

“Untuk saya sekarang, saya pakai baju murah online pun saya confident sebab it’s not about apa yang saya pakai it’s about who I am,” jelasnya.

Utamakan keperluan isteri dan anak

Tambah Lokman lagi, keutamaannya kini adalah memastikan isteri dan anak perempuan kesayangannya, Mulan mendapat yang terbaik, walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk diri sendiri.
“Untuk saya, keutamaan sekarang adalah janji isteri kesayangan saya, Atikah dah anak saya yang cantik mendapat yang terbaik.

“Dia orang nak apa saya bagi dulu sebelum diri saya, this is what a real man patut fikir. Bukan kawan toksik, kawan atau peminat cakap eh bro pakai baju murah kenapa.

“Priority dulu that’s why korang tak kahwin atau tak berjaya. For me, I do anything for my family,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Kongsi Perjalanan Kembali Fit Lepas Bersalin - “Dulu Lutut Sakit Sebab Berat, Sekarang Katil Pun Boleh Tolak”

ARTIKEL BERKAITAN:“Cakap Inggeris Terus Cop Sombong” - Datin Atikah Suhaime

ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Tak Sangka Mulan Seorang ‘Baby High Demand’ - “Setiap Kali Dia Menangis Itu Macam Kena Dera”

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Pandai Pakai Barang Berjenama, Atikah Suhaime Nak Didik Anak Hidup Bersederhana - “Mungkin Cara Saya Sedikit Berbeza…”

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mulan pada Mac lalu.
Topic Berkaitan
#Atikah Suhaime
#Baju Murah
#Datuk Lokman Teh
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement