GAYA HIDUP
Koleksi Emas Eksklusif HABIB X Didi & Friends Didik Anak Menabung Sejak Kecil
Jenama barangan kemas terkemuka Malaysia, HABIB memperkenalkan kolaborasi terbaru bersama rancangan animasi tempatan yang digemari ramai, Didi & Friends.
Sempena kolaborasi ini, HABIB memperkenalkan siri wafer emas 999.9 edisi terhad yang menampilkan tiga karakter utama iaitu Didi, Nana dan Jojo yang diinspirasikan daripada ayam Serama Malaysia.
HABIB turut melancarkan siri loket emas 999 Didi & Friends edisi istimewa sempena kolaborasi ini, dimana ia menampilkan rekaan 3D yang diperbuat daripada emas 999 dengan warna enamel.
Loket ini juga boleh dipakai bersama rantai, menambahkan sentuhan elegan dan ceria pada reka bentuk tersebut. Koleksi HABIB x Didi & Friends ini sesuai dijadikan koleksi peribadi atau hadiah istimewa yang pasti digemari para peminat dari semua peringkat umur.
Selain daripada keindahan reka bentuknya, HABIB mencipta koleksi ini untuk mendidik kanak-kanak untuk menabung dengan bijak dan memperkenalkan nilai kewangan dalam cara yang mudah untuk difahami. Melalui inisiatif ini, HABIB berhasrat untuk memupuk kesedaran pelaburan di usia muda dengan cara yang menarik dan berkesan.
Bagi meraikan pelancaran ini, HABIB menganjurkan acara eksklusif di HABIB Aeon Mall Alpha Angle pada 9 Ogos 2025. Acara ini menyambut kehadiran kanak-kanak bersama ibu bapa mereka pada hari yang penuh keriangan sambil meraikan kreativiti, budaya dan jalinan hubungan yang bermakna sesama masyarakat.
Para tetamu turut diserikan dengan kemunculan maskot Didi & Friends iaitu Didi, Nana, dan Jojo di mana mereka berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama watak-watak tersebut, serta melihat koleksi eksklusif HABIB x Didi & Friends secara langsung.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua peringkat umur demi menambahkan lagi keceriaan yang mencerminkan semangat kolaborasi ini.
Must-Watch Video