HIBURAN
"Ada Yang Sanggup Berjaga Malam, Nak Jadi Pertama Yang ..." - Meerqeen Tak Sangka Thariq Ridzuwan: His Treasure Cipta Fenomena!
Pelakon, Meerqeen meluahkan rasa syukur apabila drama terbarunya, Thariq Ridzuwan: His Treasure mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga setiap episod yang disiarkan berjaya menjadi trending di media sosial.
Menurut Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, sebagai pelakon kejayaan tersebut merupakan satu bentuk penghargaan yang sangat bermakna buat dirinya.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dan terharu bila setiap episod Thariq Ridzuwan: His Treasure sentiasa trending. Sebagai pelakon, kita memang berharap karya kita dapat sambutan, tapi bila setiap minggu orang tunggu dan bercakap pasal drama ni, itu satu nikmat dan penghargaan yang besar buat saya dan seluruh team,” katanya.
Dalam pada itu, Meerqeen juga berkongsi menerima pelbagai reaksi daripada peminat, termasuk ada yang sanggup berjaga sehingga lewat malam hanya untuk menjadi antara penonton terawal.
Meerqeen turut berharap agar para peminat akan terus memberikan sokongan bukan sahaja untuk drama tersebut, tetapi juga projek-projeknya yang akan datang.
“Macam-macam respon saya terima, tapi yang paling luar biasa bila ada peminat DM saya cerita yang dia sanggup berjaga sampai lewat malam semata-mata nak jadi antara orang pertama tengok episod baru. Ada juga yang buat edit video dan fanart yang sangat kreatif. Semua tu bagi saya satu semangat besar untuk terus bagi yang terbaik.
“Saya harap peminat akan terus bersama saya, bukan saja untuk drama ni, tapi juga untuk projek-projek saya yang akan datang.
“Sokongan mereka sangat bermakna, dan saya janji akan terus bekerja keras untuk bawa watak-watak yang berkualiti dan cerita yang mampu tinggalkan kesan pada penonton,” tambahnya.
Selain Meerqeen, drama Thariq Ridzuwan: His Treasure turut menampilkan barisan
Must-Watch Video