,
Laman Utama

“Stop Cyberbully” - Pernah Bertanding di AJL, Haqiem Rusli Minta Netizen Henti Kutuk Nabila Razali

Azwa Rahman
15/03/2021
02:26 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli meminta semua peminat untuk menghentikan perbuatan membuli, mengecam dan mengutuk secara siber terhadap mana-mana pihak yang berkaitan.
Menerusi laman sosial Twitter, Haqiem berkongsi ciapan berbentuk nasihat itu untuk tatapan umum.
“Stop cyber bully,” tulisnya menerusi satu ciapan.
Lanjutan daripada itu ramai pengikut beranggapan ciapan tersebut ditujukan kepada para netizen yang mengeluarkan kata-kata negatif kepada rakan selebriti, Nabila Razali yang bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) malam tadi.
Pada malam yang berprestij itu, Nabila Razali dikecam kerana gagal memberikan persembahan memukau menerusi lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF, Peluang Kedua.
Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya menyokong ciapan Haqiem dan berpendapat Nabila sudah berusaha memberikan komitmen dan persembahan yang sehabis baik.
Replace cyber-bullying with cyber-believing. Let us help each other. BELIEVE & BUILD. At least, she tried her best,” tulis seorang wargamaya.
Yes please stop, kita sama sama menjaga nama baik masing masing, ciber bully is not our tradition, kesian dekat dia, cuba bayangkan korang yang hadap semua ni, please lah, tak pikir ke?” luah seorang wargamaya.
Sebab bella tadi ke kem? Dah viral dah. Kesian dia. Percayalah ada sebab Allah bagi jalan yang dia ada sekarang, tempat dia ada sekarang. Wlaupun ramai tak boleh terima. Positif,” pesan seorang wargamaya.
Nobody is perfect. At least pandang la effort beliau tu tadi,” komen seorang wargamaya.
Tweet yang baik-baik ya. Jangan buli guna mental orang,” kata seorang wargamaya lagi.
BACA: "Ya Allah Kesiannya, Boleh Nampak Dia Tertekan" - Malang Buat Nabila Razali, Terkucil Di Pentas AJL35
BACA: "Im So Sorry.." - Nabila Razali Mohon Maaf Kepada Hael Husaini
Sehingga kini, ciapan Haqiem tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang ciap dan 10,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Berita

Kematian Nuraina Humaira, Remaja Lelaki 17 Tahun Ditahan Polis

gempak
18/08/2024
20:55 MYT
Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, disyaki terbabit kes kematian kanak-kanak orang asli yang ditemukan di kawasan paya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Hiburan

“Kita Ketawa, Menangis & Kadang-Kadang Bertengkar”- Isteri Haqiem Rusli

gempak
18/06/2024
06:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea memberi ucapan istimewa buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke 26 tahun baru-baru ini.
Hiburan

Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

gempak
03/05/2024
07:55 MYT
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.