HIBURAN
“Saya Tahu Niat Dia Bukan Nak Bersama Saya…” - Azlan Komeng Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Kemelut Rumah Tangga
Pelakon, Azlan Komeng mendedahkan kisah sebenar disebalik kemelut rumah tangganya bersama isteri, Nur Nilam Ortiz yang sebelum ini pernah mencetuskan spekulasi di media sosial.
Menurut Azlan, dia sudah menyedari lebih awal tentang niat tidak baik individu yang cuba merosakkan hubungan mereka namun memilih untuk tidak berkongsi lebih terperinci kerana bimbang dengan tindakan balas individu itu.
“Saya tahu sebenarnya dia bukan berniat baik, Nilam tidak tahu dan saya sendiri memang tidak mahu beritahu pada dia.
“Sebab saya takut dia terlepas cakap maka saya tidak dapat membuktikan tujuan sebenar si polan tersebut.
“Saya tahu niat dia bukan betul pun nak bersama dengan saya atau kami. Niat dia yang sebenar memang nak merosakkan hubungan kami.
“Itulah realitnya tapi saya tak boleh sebut pada waktu itu kerana saya sedang mengumpul bukti. Jadi mungkin pada waktu itu saya kurang meluangkan masa dengan Nilam.
“Seolah-olah seperti melebihkan yang di sana, sedangkan saya nak mendapatkan apa yang patut saya dapatkan atas nasihat daripada pihak-pihak tertentu.
“Saya tak boleh cakap, maklumlah orang rumah saya ini dia kadang outspoken. Jadi saya terpaksa rahsiakan dan itu yang dia marah,” jelasnya.
Azlan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk baharu di bawah syarikat Nilam Empire di Hotel Royale Chulan Damansara pada Khamis.
Bagaimanapun, Azlan bersyukur kerana perkara itu telah diselesaikan dengan baik setelah dia sendiri tampil menjelaskan situasi sebenar kepada pihak mahkamah dan pegawai jabatan agama.
Tambah Azlan lagi, pihak berkuasa memutuskan isu berkenaan tidak sabit kerana melibatkan aspek keselamatan Nilam dan anak mereka yang masih dalam kandungan ketika itu.
“Sampailah dia berfikir bukan-bukan hingga ke pejabat agama tetapi saya sudah selesaikan. Saya pergi berjumpa dengan pihak mahkamah, pegawai jabatan agama, saya terangkan apa tuntutan isteri saya dan jelaskan apa perkaranya.
“Jadi mereka kata tidak sabit kerana itu isu keselamatan daripada Nilam sebab benda itu boleh membabitkan soal dia dan anak.
“Pada ketika itu pun dia sudah hamil jadi mood dia pun saya faham. Saya sendiri pun tahan diri walaupun sebenarnya mahu beritahu dia.
“Tapi saya tak boleh sehinggalah saya dapat bukti yang saya nak, kemudian saya jelaskan kepada Nilam, barulah dia faham.
“Isu ini ringkasannya adalah dendam itu sahaja. Bukannya saya ini hebat, tidak, bukan soal itu tetapi ini soal orang yang tidak berpuas hati.
“Kalau cakap fasal itu, dia tidak terima saya bernikah dengan Nilam. Dia mahu saya bernikah dengan dia,” jelasnya.
Sebelum ini, seorang wanita berniqab dikenali sebagai Maizila dipercayai bakal menjadi madu dan isteri kedua kepada Azlan Komeng tampil mempertahankan diri selepas menerima kecaman dari netizen.
Wanita itu menafikan dia sengaja mengejar status sebagai isteri kepada seorang pelakon dan menegaskan bahawa dia sudah lama bersabar dengan fitnah dan cacian dalam diam.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita berpurdah yang sedang berada di dalam kereta bersama Azlan.
Menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata netizen dilihat meninggalkan pelbagai reaksi negatif sehingga terdapat komen yang mengatakan matanya seperti wanita berusia.
Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Must-Watch Video