gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selepas Matematik, Netizen Terpukau Tengok Kembar ’Sekumpulan Orang Gila’ Jawab Soalan Teka Peta Dunia
HIBURAN
Beri Ucapan Hari Lahir, Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Rindu Terhadap Ayden & Ara - “Cucunda Berdua Adalah Penyambung…”
HIBURAN
Hilang 20Kg Dalam Masa Lima Bulan, Nazrief Nazri Makin Handsome, Nampak Muda! – “Hard Work Pays Off”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tiada Niat Nak Bangga, Syasya Rizal Jelaskan Isu Video Termakan Daging Bab* - “Dalam Mulut Saya Tengah Kunyah…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
11/07/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Niat Nak Bangga, Syasya Rizal Jelaskan Isu Video Termakan Daging Bab* - “Dalam Mulut Saya Tengah Kunyah…”
Penyanyi Syasya Rizal memberitahu tujuan dia berkongsi video mengenai dirinya termakang daging khinzir hanya bertujuan sebagai peringatan untuk dirinya.

Peringatan untuk diri

Menerusi perkongsian di Instastory, Syasya memberitahu dia bukan pergi tempat makan sebarangan tanpa memeriksa logo halal atau tidak.

“Saya kongsikan video itu sebagai peringatan… untuk diri sendiri dan mungkin untuk orang di luar sana yang masih belajar macam saya. Makanan bufet yang saya pergi itu ada label halal.

“Bukannya saya secara rawak makan kat tempat yang tak halal ya. Kadang kita lupa, lain negara lain caranya. Dan saya masih dalam proses belajar,” katanya.

Kali pertama

Pada perkongsian yang sama, Syasya turut menjelaskan mengenai dakwaan dia tetap makan makanan tidak halal biarpun sudah mengetahui.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti Di China, Syasya Rizal Termakan Daging Bab* - “Itulah Ingat Label Halal Untuk Semua Makanan...”

ARTIKEL BERKAITAN: Raih CGPA 3.40, Netizen Gelar Syasya Rizal Beauty With Brain - “Dah Lah Cantik, Bijak Pula Tu”

Pertama kali berdepan situasi itu, bekas ahli kumpulan Dolla ini menegaskan ketika itu dia tengah makan makanan lain bukannya daging khinzir.

“Waktu tu, dalam mulut saya tengah kunyah benda lain bukan pun yang ada unsur haram tu. Sebab itu saya tanya… sebab saya benar-benar tak tahu.

“Ia merupakan kali pertama saya berdepan situasi seperti itu waktu bercuti. Bukan sebab saya biasa dan bangga makan makanan haram. Nauzubillah... moga Allah jauhkan kita semua dari fitnah dan dari memfitnah,” ujarnya lagi.

Syukur suami baik

Dalam pada itu, Syasya turut meluahkan rasa syukur apabila mempunyai seorang suami yang sentiasa memberi peringatan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
“Alhamdulillah, saya ada suami yang selalu mengingatkan saya dengan kasih sayang. Islam tu agama yang penuh kasih, bukan cacian.

“Agama yang lembut, bukan menghukum. Agama yang peluk kita bila kita sesat jalan... bukan tolak kita lebih jauh. Mari kita sentiasa pilih untuk beringat dengan kasih sayang.

“Bukan dengan maki, bukan dengan murtadkan orang lain waktu dia tersungkur. Sebab tak ada seorang pun yang sempurna. Tapi kita boleh belajar sama-sama,” katanya lagi.
Sebelum ini, Syasya berkongsi video dia termakan daging khinzir ketika sedang bercuti di luar negara namun perkongsiannya itu mendapat pelbagai respons netizen.
Topic Berkaitan
#DOLLA
#Daging Khinzir
#Syasya Rizal
#Suami Syasya
#Daging Babi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement