Berita

SKMM, PDRM Tumpaskan Kegiatan Tukar Pasangan Suami Isteri Online!

gempak
Gempak
04/04/2024
23:58 MYT
Sponsor Banner
SKMM, PDRM Tumpaskan Kegiatan Tukar Pasangan Suami Isteri Online!
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan kumpulan ‘Swinger’ yang melakukan aktiviti bertukar pasangan suami isteri yang beroperasi secara dalam talian di media sosial.
Kumpulan tersebut juga menjual bahan lucah dalam talian menerusi serbuan yang dilakukan di Kedah dan Johor, baru-baru ini.
Menurut kenyataan SKMM, pihaknya turut merampas telefon bimbit, komputer, dan thumbdrive milik suspek dalam serbuan tersebut untuk siasatan lanjut.
“Dalam serbuan itu, tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun dan didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X kumpulan ’swinger’ berkenaan turut ditahan,” katanya.
Tambahnya, suspek menggunakan modus operandi dengan memuat naik klip video pendek melalui platform X dan individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh dikenakan bayaran antara RM100 hingga RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: MalaysiaGazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024