HIBURAN
Skala Lebih Besar! Misha Omar Umum Bakal Adakan Konsert November Depan - "Anda Takkan Nampak Saya Di Konsert Lain Kerana..."
Penyanyi, Misha Omar memaklumkan bakal mengadakan sebuah konsert solo pada penghujung tahun ini.
Misha menyifatkan konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur itu sangat istimewa kerana mahu bertemu peminat tersayang.
"Kepada semua yang nak tahu, konsert saya akan berlangsung pada November depan. Saya gembira kita akan bersama lagi.
"Tiketnya ada pelbagai, yang murah ada dan yang mahal pun ada. Sesi 'meet and greet' pun ada.
"Saya fikir ini momen yang istimewa, saya jenis yang tak buat konsert selalu jadi saya mahu manfaatkan masa ini bersama peminat saya," kongsinya teruja.
Pelantun lagu Tiada Lagi Tangisan itu turut berkongsi skala dan muzik konsert tersebut lebih besar berbanding Showcase Misha Back To Basic yang berlanggsung di Jio Space, Petaling Jaya, Disember tahun lalu.
"Skala kali ini juga besar jadi harganya juga besar berbanding showcase tahun lalu. Tempatnya juga harus 'intimate'. Hubungan saya dengan peminat sangat dekat.
"Semestinya tempat itu tempat yang memberi nostalgia kepada saya dan peminat, Misha Omar adalah tentang perasaan dan suka bercerita.
"Pengarah Muzik pula bakal dipacu oleh seorang yang sangat disegani ramai dalam industri, semestinya muzik kali ini juga lebih besar. Kami gandakan semuanya," kongsinya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi yang diberi julukan ‘ratu emosi’ itu memaklumkan dia tidak akan muncul dalam mana-mana persembahan atau konsert lain demi memberi fokus kepada persiapan konsertnya itu.
"Kami akan berikan satu persembahan yang 'tight', saya takkan berkompromi tentang muzik dan komitmen.
"Anda takkan nampak saya dekat mana-mana konsert berbayar lain, kerana saya akan muncul di konsert ini saja.
"Saya takkan jadi guest artis untuk orang lain, kerana saya mahu simpan diri saya untuk anda saja. Saya mahu fokus untuk konsert ini," tutupnya positif.
Disember lalu, Misha berjaya membuai emosi kira-kira 2,000 peminat di Showcase Misha Back To Basic sekaligus membuktikan dia adalah seorang yang mempunyai pengaruh dan gaya tersendiri dalam menghiburkan peminat.
Must-Watch Video