HIBURAN
Siti Nurhaliza Beli Bag Aliff Syukri Ketika ‘Live’ TikTok, Terasa Bagai ‘Mimpi’ - “Mungkin Dia Kesiankan Saya & Anak…”
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila mengetahui Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli beg jenama keluarannya.
Menurut Aliff atau lebih mesra disapa Papa, pada mulanya dia tidak menyangka penyanyi itu benar-benar membuat pembelian ketika sesi siaran langsung (live) di platform media sosial miliknya bersama anak-anak.
“Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah antara orang yang saya tak percaya akan beli beg jenama saya.
“Jujur saya cakap, mungkin dia kesiankan saya dan anak-anak. Apa pun, saya tetap bersyukur. Lagipun, beliau memang kerap masuk ke sesi live saya,” katanya kepada Gempak.
Aliff berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambahnya lagi, semasa sesi siaran langsung yang berlangsung pada dua hari lalu, dia tidak perasan pembelian itu dibuat sehinggalah diberitahu oleh pengikutnya.
BERITA BERKAITAN: Didakwa Hanya Sewa Jet Peribadi, Aliff Syukri Janji Akan Beri Penjelasan - “Kalau Nak Beritahu, Nanti Orang Kata Riyak”
BERITA BERKAITAN: Qhadeeja Unboxing Jam Tangan Mewah RM42K, Netizen Tergamam Tengok Harga - “Dia Koyak Pembalut, Terasa Duit Aku Yang Koyak”
“Saya tengah buat live dengan anak-anak pada waktu pagi, tiba-tiba ramai komen kata Datuk Siti beli beg saya.
“Biasanya bila orang beli, akan ada paparan ‘done payment’ dan sebagainya, tapi saya tak nampak waktu itu,” jelasnya.
Dalam pada itu, Aliff turut menyifatkan sokongan daripada figura besar seperti Siti Nurhaliza sebagai satu penghormatan besar buat dirinya dan usahawan tempatan.
“Alhamdulillah, dia support beg saya. Sebab tu saya cakap, kalau orang macam dia pun boleh sokong saya, saya betul-betul rasa terharu.
“Bagi saya, ini satu penghormatan besar. Kita tahu beliau memang mampu beli beg berjenama mewah, tapi beliau pilih untuk sokong usahawan seperti saya. Memang saya sangat gembira,” kongsinya.
BERITA BERKAITAN: Aliff Syukri Syukur, Hasrat Ada Private Jet Tercapai - “Alhamdulillah, Berkat Menjual Jeruk Bersama Amayan…”
BERITA BERKAITAN: Nur Shahida Berang Dituduh Tak Ambil Kisah Fasal Ammar Ahyan - “Aku Bela Dia Sampai Umur 17 Tahun la!”
Sementara itu, Aliff menzahirkan hasrat untuk mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records sebagai ‘Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’ yang dijadual 3 Ogos depan jam 8 malam di platform TikTok, @papalarisofficial.
Aliff berkongsi, dia akan memperkenalkan koleksi baharu koleksi beg tangan, ‘Samma Bag Denim Edition’ yang dipertaruhkan pada malam tersebutitu bagi mencapai hasrat mencipta rekod Malaysia.
Must-Watch Video