VIRAL
"Siasatan Kes Zara Qairina Menjurus Kepada Buli Sebelum Kematian" - JSJ
Siasatan pasukan task force berhubung kematian pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, Zara Qairina Mahathir menjurus ke arah berlakunya buli sebelum kejadian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, ia hasil keterangan yang dirakamkan dan dapatan siasatan setakat ini.
Menurutnya, susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.
"Siasatan masih berjalan dan kertas siasatan akan dirujuk dari sudut jenayah ke pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video