,
Hiburan

Shidee Nafi Panas Baran, Minta Alihkan Kaki Punca Berbalah Dengan Abang Ipar

Gempak
01/04/2024
02:25 MYT
Penyanyi Shidee tampil menjelaskan punca sebenar pergaduhan membabitkannya dengan abang ipar di kediaman ibu mentuanya pada 25 Mac lalu.
Jelas Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, pergaduhan itu tercetus apabila abang iparnya meminta untuk mengalihkan kaki kerana dianggap menghalang laluan.

BERITA TRENDING: Artis Veteran Ditahan, Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi

Hafal lagu, minta alih kaki

Shidee yang sedang menghafal lagu ketika itu mempersoalkan tindakan abang iparnya itu.
"Waktu itu saya ada ‘show’ di Bangi dan pulang lewat. Saya pula balik ke rumah ibu mentua saya sebab anak saya ada di situ dan isteri saya juga sedang sarat mengandung.
"Sampai di rumah dalam pukul tiga pagi, saya terus mandi dan kemudiannya menghafal lagu. Sehinggalah satu ketika abang ipar saya keluar daripada biliknya dan meminta untuk saya mengalihkan kaki saya.
"Saya pun tanya kenapa perlu alih sebab dia boleh jalan lagi (ada ruang) tapi lepas itu saya pun alih kaki saya.
"Kemudian dia masuk ke dalam bilik air sambil merungut dan apabil dia keluar (bilik air) dia berhenti depan saya dan marah-marah.
"Saya tak tahu apa puncanya tetapi malam itu memang ada berlaku pertengkaran," katanya menerusi laporan Melodi pada Ahad.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Sedar Apa-Apa..." - Shidee Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Surau

Direman dua hari

Shidee kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada isterinya namun perbualan tersebut didengari abang iparnya sebelum mereka kembali bertengkar.
"Bila abang ipar saya dengar pertanyaan saya itu, dia tanya saya tak puas hati ke dengan dia? Jadi, perbalahan tersebut berlaku semula.
"Ketika pergaduhan itu berlaku, saya tak sedarlah ada luka ke, patah apa-apa ke, saya tak tahu.
"Selepas itu saya pergi ke balai polis untuk beri kenyataan mengenai pergaduhan itu dan saya ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan," tambah Shidee.

Shidee nafi panas baran

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Semuanya Sudah Terlambat’ ini bagaimanapun menafikan dakwaan sesetengah netizen yang menganggap dirinya sebagai seorang yang panas baran.
"Saya anggap ini adalah takdir saya dilahirkan sebegini tapi walau apa pun yang berlaku, demi Allah saya tak salah.
"Walaupun saya dipersalahkan dan orang kata saya tak betul, tapi percayalah Allah SWT lebih tahu segalanya.
"Saya bukan seorang yang panas baran. Kalau saya baran, tanya lah isteri saya pernah ke saya jentik dia dan anak-anak? Kalau saya baran mereka pasti teruk.
"Cuba kalau anda diprovokasi apakah tindakan anda? Anda pasti marah," katanya.
@melodiberapi Semoga dipermudahkan urusan penyanyi Shidee dan abang iparnyaa, buang yang keruh ambillah yang jernih ☺️? #meloditv3 #shidee #pukulabgipar #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral?tiktok #panas #panas #sensasi #reman #polis ♬ original sound - Melodi tv3

PILIHAN PEMBACA: Shidee Nafi Pernah Bercinta Dengan Ibu Mentua, Tak Kisah Kontroversi Lama Diungkit - “Tak Tahulah Kalau Waktu Tu Dia Ada Hati & Perasaan ..."

Terdahulu, Shidee ditahan reman selepas didakwa memukul abang iparnya dengan menggunakan batang besi hingga mendatangkan kecederaan pada 25 Mac lalu.
Untuk rekod, Shidee dan isterinya, Siti Fairunnisa mendirikan rumah tangga mereka pada 1 Februari 2010 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Perkahwinan mereka menjadi perhatian apabila timbulnya kontroversi hubungan mereka tidak diresuti ibu mentuanya susulan jarak usia mereka yang jauh.
Sumber: Melodi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.