BERITA
Ambulans 'Gagal' Tampung Lelaki Obes 160kg, APM Angkut Guna Lori
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh membantu memindahkan seorang pesakit lelaki yang mempunyai berat lebih 160 kilogram (kg) dari Hospital Tengku Anis (HTA) di sini ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, pada Ahad.
Guna lori untuk proses pemindahan
Pegawai APM Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1 pagi susulan kekangan ambulans hospital yang tidak dapat menampung berat pesakit berusia 36 tahun itu.“Keputusan menggunakan lori dibuat berdasarkan keperluan logistik serta faktor keselamatan agar penghantaran ke HRPZ II dapat dijalankan tanpa sebarang risiko atau kelewatan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.“Kami segera menggerakkan lima anggota termasuk seorang pegawai ke lokasi dan menggunakan lori bagi memastikan proses pemindahan pesakit dapat dilakukan dengan selamat serta efisien.
Menurut beliau, kerjasama antara APM dan pihak hospital turut membantu mempercepatkan urusan pemindahan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.
Ujarnya, tindakan pantas dan profesionalisme anggota yang terlibat membuktikan komitmen APM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama dalam situasi kecemasan.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video