,
Laman Utama

Shandy Aulia Tak Jadi Saman Netizen Yang Kutuk Rambut Anaknya Macam Jagung

Maliah Surip
24/07/2021
03:20 MYT
Pelakon Indonesia, Shandy Aulia sempat sakit hati dan marah dengan komen yang dilontarkan seorang netizen terhadap anak perempuannya baru baru.
Netizen yang merupakan seorang jururawat itu telah mengatakan anaknya yang belum masuk usia dua tahun sebagai kekurangan gizi dan hal itu boleh dilihat daripada pertumbuhan rambutnya yang terbantut seperti jagung. Shandy juga didakwa tidak pandai menjaga anak.
Tak puas hati dengan komen yang disifatkan sebagai keterlaluan, Shandy memasang lebih 30 orang peguam yang diketuai oleh peguam selebriti terkenal, Hotman Paris untuk mengambil tindakan saman terhadap wanita itu.
Namun khabar terbaru mengatakan Shandy menarik balik saman terhadap wanita tersebut setelah mereka bertemu.
Perkara itu disahkan oleh Hotman Paris, seperti dilaporkan oleh Detik.com.
Menurut peguam yang juga hos sensasi itu, wanita tersebut telah datang bertemu Shandy dan meminta maaf di atas perbuatan yang dilakukan.
"Wanita itu sudah datang minta maaf dan Shandy tidak akan membawa dia ke muka pengadilan, kecuali dia kembali mengulangi perbuatannya," kata Hotman Paris.
Hotman Paris juga, dia menasihatkan Shandy agar lebih santai menerima komen nakal atau negatif daripada netizen. Hal itu kerana sebagai seorang public figure, hal hal atau penghinaan dianggap sudah bukan tabu lagi.
Kalimat-kalimat tak menyenangkan dari warganet diharapkan Hotman Paris tak lagi diambil hati oleh Shandy Aulia.
"Saya sudah bilang sama Shandy Aulia 'udah lah kalau kita orang terkenal, biasalah orang biasa, netizen, itu kalimat-kalimat yang menyakitkan hati, biarkan saja," jelas Hotman Paris.
Instagram: @shandyaulia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.